Followers

Monday, 3 January 2022

FAHAMAN BAHAIYYAH MENGELIRUKAN PEMIKIRAN

FAHAMAN BAHAIYYAH MENGELIRUKAN PEMIKIRAN [Sumber Asal]


Fahaman Bahaiyyah adalah doktrin kefahaman mengelirukan yang nampak seperti benar tetapi mengelirukan umat Islam. Ianya adalah amalan kebatinan yang tular ditularkan oleh pengamal amalan kebatinan di merata tempat.


Fahaman salah, memesongkan aqidah, fahaman bahaiyyah, mengelirukan ummah, mengaku tuhan, amalan kebatinan, syirik menduakan Allah
Sumber gambar : Portal Pejabat Mufti.


7 CIRI-CIRI FAHAMAN BAHAIYYAH


  1. Tulisan dan percakapan yang memperlekehkan Ulamak Tasawwuf.
  2. Tulisan dan percakapan memperlekeh hukum-hakam Allah melalui Al-Quran yang dibawa nampak benar tetapi memesongkan pemikiran mereka yang kurang arif tentang tafsir (terjemahan) Al-Quran.
  3. Menggunakan Al-Quran dan Hadith untuk memesongkan fikiran orang ramai dengan menyalahkan ulamak-ulamak Islam yang telah lama membawa ajaran Islam yang sebenar-benarnya.
  4. Menuduh Sunnah Nabi sebagai Yahudi.
  5. Perbuatan mazmumah (terkeji) menimbulkan konflik rakyat Malaysia amnya.
  6. Memalsukan gambar sebenar diri sendiri yang tiada kaitan dengan diri penyebar fahaman Bahaiyyah.
  7. Fahaman Bahaiyyah telah lama difatwakan oleh Fatwa Negeri Selangor Rujuk portal Pejabat Mufti. Rujuk pautan di bawah.



PENYELESAIAN


Fahaman Bahaiyyah ini telah tular di negara pancasila. Fahaman ini telah merosakkan minda. Awasi diri jangan terpedaya. Oleh itu,


1) Umat Islam hendaklah bijak memilih bahan bacaan Islam, Fiqh Muamalat, Fiqh hukum-hakam dan pentadbiran.


2) Umat Islam hendaklah berhati-hati. Doktrin yang dijadikan panduan hidup kerana fahaman Bahaiyyah nampak benar tetapi sebenarnya memesongkan fahaman umat Islam mengkucar-kacirkan fahaman individu.


3) Disebabkan ramai yang kurang ilmu agama. Maka Berhati-hatilah. Tabayyun (semak) sebelum sebar. 


4) Sama juga seperti fahaman Wahabiyyah. Ianya hanyalah agenda untuk memecah-belahkan ummat Islam sahaja.


5) Tidak ada gunanya kita sebagai Mukmin Muslim bertelagah perkara berkaitan ini. Hanya membazirkan masa sahaja menuduh orang itu ini dengan pelbagai tuduhan.


6) Saban tahun perkara sama diperbahaskan sedangkan kita ada isu lebih penting lagi untuk kita perhatikan. Contohnya, isu membantu golongan asnaf yang memerlukan bantuan. Bagaimana menggandakan wang secara halal tanpa melibatkan Gerakan Missionary Kristian atau pun produk mengelirukan lagi memesongkan aqidah ummah.


Harapan saya fahaman bahaiyyah mengelirukan pemikiran ini dan lain-lain lagi fahaman, diri individu masing-masinglah berusaha membendungkan sendiri agar tidak terperangkap. Semua sudah ada akal fikiran Allah kurniakan.


PENDAPAT PEMBACA


Pada saya banyakkan doa mohon pada Allah masukkan aku dalam pintu kebenaran keluarkan aku dari pintu kebenaran kurniakan padaku akan 1000 penolong...

akhir zaman sampai susah nak beza mana yang betul..

sana ustaz sini ustaz dua dua balik dari mesir , ustaz ni cakap macam ni, yang ni cakap lain..

sama juga dalam hal lain, isu negara, politik...

semoga Allah masukkan dalam pintu kebenaran..

wallhuaklam.


Ada benarnya juga tu.

TUKANG KONGSI NAMA PENA,

Puteri Nur Cahaya (Cikgu iEta).

Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Berhenti akibat sakit kronik Slipped Disc.


SUMBER RUJUKAN 

  1. Al-Afkar #51 : Aliran Bahaiyyah
  2. Dosa besar syirik menduakan Allah
  3. Rasa bertuhan itu sangat penting
PERKARA BERKAITAN 
  1. 15 fakta berkaitan leluhur
  2. Buku Tasawwur Islam Kbsm 2020


RASA BERTUHAN ITU SANGAT PENTING

RASA BERTUHAN ITU SANGAT PENTING [Sumber Asal]

Tetapi bagaimana kita mengenal TUHAN? Mestilah melalui ilmu. Jom baca. 😊


RASA BERTUHAN 


Mengenal TUHAN, Mengenal Allah, Tiada TUHAN selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah, agama, tauhid
SUMBER ASAL


Kita mesti mengenal TUHAN melalui ilmu. Cuba kita lihat sejarah Rasulullah SAW yang terbagi dua iaitu,

ARTIKEL TERKINI

FAHAMAN BAHAIYYAH MENGELIRUKAN PEMIKIRAN

FAHAMAN BAHAIYYAH MENGELIRUKAN PEMIKIRAN  [ Sumber Asal ] Fahaman Bahaiyyah adalah doktrin kefahaman mengelirukan yang nampak seperti benar ...