Followers

Friday, 30 April 2021

DOSA BESAR SYIRIK MENDUAKAN ALLAH

DOSA BESAR SYIRIK MENDUAKAN ALLAH

  1. Ingin saya tegaskan, Ritual bercakap dengan leluhur (jin), hipnosis NLP dan meditasi adalah antara amalan gerakan New Age. Ritual ini sesat menyesatkan aqidah. Sebab itu saya kongsikan perkara ini kepada semua pembaca berkaitan kumpulan psikik dan scammer penunggang agama ni. 

  2. Dalam kehidupan, wajiblah kita berpegang kepada Aqidah Islam bertauhidkan Allah SWT. Bukan bertauhidkan tauhid tiga (3) yang jelas memecah-belahkan ummah. Biar jelas tiada satu pun perbuatan dan niat kita lari daripada mentauhidkan ALAH SWT yang menciptakan kita hamba-hambaNYA  arasy, makhluk Iblis (juga disebut sebagai jin, hantu dan syaithon. Samalah tu bangsa sahaja berbeza) dan semua kehidupan di alam syurga seterusnya diciptakan lembaga Adam dari tujuh (7) benua diambil tanahnya untuk dijadikan sebagai KHALIFAH di alam dunia.

  3. Makhluk iblis tu Tuan Puan pembaca budiman, memang telah berjanji dengan Allah SWT akan menyesatkan kita makhluk manusia sehingga qiamat dia dihidupkan tidak berjasad hanya menghuni di mana sahaja dia suka. Dia ni malaikat Azazil nama asalnya. Ilmunya sangat tinggi. Tetapi disebabkan kufur nikmat, angkuh, takabbur dan sombong maka Allah murka kepadanya. Sehingga saat ini syaithon sikap makhluk manusia diibaratkan pada yang jahil murokkab dan biadap kepada hukum perundangan Allah SWT.
  4. KISAHNYA, setelah saya membaca barulah faham apa sebenarnya isu tabal jin dan apa Mufti Dato' Harussani telah lasanakan untuk membersihkan minda kepada mentauhidkan Allah SWT semata-mata.
  5. Apa orang kongsikan di dalam mana-mana group, WAJIB TABAYYUN (semak) dan buatlah kajian sendiri. Memang tidak boleh terus ambil jadi pegangan 100% percaya. Isu tabal jin isu tahun  2015, sudah lama tu.
  6. Samalah isu kalimah Allah. 2013 sudah digazetkan dibahaskan. Saya ada bukunya tu. 
  7. Cybertrooper memang senghaja buat bangsa Melayu bergaduh dan berbalah. Sebab inilah saya tidak gemar berada dalam banyak group. 
  8. Berkaitan perkara banteras syirik khurafat scammer adalah kewajipan kita sebagai Mukmin Muslim. 
  9. Saya anti perkara memesongkan aqidah. Lagi-lagi jika saya menjadi mangsa aniaya, tohmahan dan fitnah. Saya akan menulis. Blogger kan? Kita kena buat kajian  semak dahulu sebelum sebar dan percaya setiap apa sahaja dikongsikan kepada kita.
  10. Setelah saya melalui segala macam bentuk fitnah dan tohmahan di laman sosial barulah saya semakin mengerti kenapa perbuatan syirik berleluasa.
  11. Sebab ada ramai pentaksub yang mudah menerima amalan secara online. Ghibah dan fitnah amat lazat. Mereka juga netizen yang sanggup muflis di akhirat akibat menjadi macai cybertrooper pada setiap perkongsian orang-orang yang mereka taksubkan.
  12. Fahamkan ayat allah ini

La syariika lahu wa bi zha lika umirtu Wa Ana Minal Muslimin.

Hari-hari solat baca doa ni tapi tidak faham maksud. Masih hendak taksubkan leluhur jin tu perawat penipu. Yang ramai tidak faham tidak mahu mengaji tetapi lebih suka mengeji. Maka jadilah pentaksub. Taksub melampau pun bahaya untuk aqidah Muslim ya.


APA ITU SYIRIK? 😲

Syirik ialah menduakan Allah. Erti kata lain, mempercayai kekuatan, kehebatan dan kekuasaan selain Allah SWT. 

Ini termasuklah percaya tidak salah meminta tolong dari leluhur oleh perawat yang pernah saya berkursus dengannya. Masih ada lagi modulnya dengan saya upacara ritual bertemu leluhur (jin) dan ritual menyeramkan boleh baca di SINI.


TAKSUB, BAGAIMANA IA MENJADI SYIRIK?

Taksub ialah terlalu yakin, terlalu percaya atau terlalu takut. Saya hanya menyebut sebahagian sahaja di dalam perkongsian saya ini.


TAKSUB TERLALU PERCAYA

  1. Taksub kepada guru / mentor/ leader / bos.
  2. Taksub kepada ubat dan suntikan
  3. Taksub shopee/ lazada dan aplikasi.
  4. Taksub kepada alam ghaib. 
  5. Taksub kepada keturunan @ leluhur.
  6. Taksub kepada jin.
  7. Taksub kepada haiwan tertentu contohnya bangsa Melayu, keturunan Harimau dan Naga.
  8. Taksub kepada diri sendiri.
  9. Taksub ilmu kasyaf.
  10. Taksub kepada formula.
  11. Taksub kepada nombor (metafizik).
  12. Taksub kepada ilmu aura.
  13. Taksub followers.
  14. Taksub like.
  15. Taksub laman sosial.
  16. Taksub kepada ilmu telek menelek (scan).
  17. Taksub kepada Perawat.
  18. Taksub kepada zodiak.
  19. Taksub kepada amalan online.
  20. Taksub kepada objek / produk.
  21. Taksub amalan kebatinan.

Amalan ritual berkomunikasi dengan ruh, puja leluhur, alam ghaib, hipnosis NLP dan meditasi adalah antara amalan ritual Gerakan New Age. Gerakan ini sesat dan menyesatkan AQIDAH. Seperti ESQ 165 telah difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Wilayah pada tahun 2010 tetapi masih ada lagi yang beramal dengannya. Buku ini menjelaskan secara terperinci semua amalan ritual gerakan new age lebih baik daripada pengalaman saya sendiri hadap mereka yang berkaitan. Jagalah AQIDAH kita. Saya galakkan pembaca dapatkan buku ini ketahui amalan ritual yang menyesatkan AQIDAH Tekan SINI.

TAKSUB TERLALU TAKUT.

  1. Taksub freemason, iluminati dan dajjal.
  2. Taksub bunyi burung.
  3. Taksub kepada mimpi.
  4. Taksub penyakit.
  5. Taksub sains.
  6. Taksub Jin.
  7. Taksub alam mistik (ghaib).
  8. Taksub mata Puteri Nur Cahaya keluarkan api. 🤣
Yang taksub ni semua sudah dikawal Iblis (jin kafir penyamaran disebut juga sebagai syaithon) mereka yang gila isim (mereng) taksubkan alam ghaib. ☺️


KESAN TAKSUB

Bila taksub, inilah sebab boleh jatuh kepada syirik. Dinamakan ia sebagai Syirik khofiyy iaitu syirik yang tersembunyi. Ianya sangat halus. Ramai orang bila disentuh bab ADAB dan  SYIRIK mulalah meroyan, tuduh, fitnah dan tohmah kemudian lari. Hidup ini kena ambil tahu semua beb. Supaya hidup itu tidak tersasar terikut terjebak perangkap syaithon laknatullah 'alaih.



APA ITU SYIRIK KHOFIYY

Syirik khofiyy ialah syirik yang tersembunyi. Syirik yang berlaku tanpa kita sedar. Sangat halus dan licik perbuatan mereka seperti contoh di atas.


APA KESAN PERLAKUAN SYIRIK?

  1. Bila terjadinya syirik, maka Allah murka. Bila Allah murka, maka Allah menjatuhkan hukuman kepada diri kita. 
  2. Contohnya, menjadi mangsa fitnah oleh Guru sendiri selepas diri tahu rahsia program merepek dan bawa ke arah kesesatan dalam group mereka. Sayalah tu. Saya pun pernah juga taksub. Sebab itu saya boleh berkongsi cerita. ☺️ 
  3. Dunia sudah akhir zaman. Semakin ramai keyboard warrior yang tidak ada kerja menjadikan group tempat mensesahkan kemarahan, menyebarkan pengaruh dan membawa ajaran salah, sesat dan songsang.
  4. Malahan semakin ramai yang suka keji mengeji, mengumpat, caci-maki, mencarut tanpa ambil faham maksud tersirat di sebalik apa yang telah semakin berselirat. Tanpa tabayyun (selidik) terus percaya.


TOLONGLAH JAUHI SYIRIK.

Terpulanglah apa orang nak kata, janji saya akan tetap sebarkan apa benda perkara syirik, khurafat dan amalan sesat yang berlegar di sekeliling kita.

Sebab itulah saya Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta ni selalu berpesan,

JAGA ADAB, JANGAN TAKSUB, JAUHI SYIRIK, JANGAN MENIPU DAN JANGAN MENCARUT.

Tetapi jika orang biadap bab AQIDAH memang saya maki teruslah. Hendak-hendak pula sudah tiga (3) tahun fitnah tular oleh mereka yang gila isim ini buat ritual bercakap ruh dan seru leluhur (jin) antara amalan gerakan New Age. Ritual ini sesat menyesatkan aqidah. Gila kau nak berlemah-lembut dengan orang main syirik sihir berkhodamkan iblis? 😳

Sesungguhnya dosa besar syirik menduakan Allah membuat fitnah tidak berasas dek akal Mukmin Muslim itu lebih dahsyat dari saya maki BABI dan saya mencarutkan mereka semua. Adaku kisah? Yang membangkang saya bab AQIDAH ni pun tidak kisah. Jadi apa perlu saya kisahkan cakap tin kosong semua yang ada? Kisah pula... 🙄🤭


BAHAGIAN SYIRIK

Syirik itu ada dua bahagian iaitu syirik khofiyy dan ada syirik jaliyy.

1. Syirik khofiyy itu syirik yang tersembunyi contohnya taksub kepercayaan atau takutkan kepada sesuatu perkara secara berlebihan. 

Seperti percaya,

  1. Kuasa jin kafir atau jin Islam, khodam syaithon laknatullah 'alaih menjaga dan memberikan rezeki dan
  2. Menjadikan jin juga beri'tiqad jin sebagai pelindung negara, negeri jajahan atau taklukan. Sedangkan Allah SWT pemberi rezeki (Al-Wahhab) dan penjaga alam semesta (Al-Malik Al-Mulk) BUKAN JIN atau makhluk.


2. Syirik Jaliyy itu nyata dan terang seperti sembah berhala, beri makan, buang ancak kepada jin kafir syaithon laknatullah'alaih dan adat budaya petik (seru / panggil) golongan jin samada melalui program perawatan, majlis adat istiadat dan tarian.


BANTERAS SYIRIK 


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْس إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku (saja)” Adz-Dzaariyaat: 56.


Berhati-hati berguru. Ada Guru yang takutkan ahli kepada Freemason, Iluminati dan Dajjal melampau-lampau. Bila saya seru (dakwah) individu dan ahli-ahli group jangan taksub, jauhi syirik dan jangan menipu dituduhnya sesat, tak betul, wahabi, Jin, Jin ifrit, jin  SitiJenar, Syaithon. Tapi mereka sendiri bersepakat, bersetuju dan berkompromi dengan perkara syirik, syiah dan Perawat bomoh. 

Lebih teruk lagi, dalam group ada yang jual ganja. Kompromi dengan gang akhir zaman dan teori konspirasi pun ada. Pentaksubiyyahnya mereka golongan professional pula tu. LOL 😆


MAJLIS PERTABALAN JIN?


Inilah budaya adat istiadat Tuan Mufti Dato' Harussani maklumkan kepada Raja Negeri Perak sewaktu beliau menjadi Mufti Negeri Perak,

ADA PERKARA TIDAK BOLEH DIBUAT KERANA MENYALAHI HUKUM ALLAH".

Adakah perlu kita bertegang urat dan  mempertahankan adat istiadat ini jika sudah jelas Mufti sendiri melarangnya pada sebahagian perkara yang menyalahi hukum Allah SWT?

Logiknya ialah, kenapa perlu manusia tabalkan jin sedangkan manusia adalah makhluk KHALIFAH Allah yang lebih mulia, diberi akal fikiran dan berjasad untuk mentadbir alam dunia? Jin tiada berjasad. Mereka menumpang di dalam jasad-jasad manusia atau makhluk lain di alam dunia, alam lautan dan lain-lain alam lagi.

Menurut artikel yang saya baca, tabalkan jin disebabkan bersahabat dengan jin. Tanpa sedar telah akur, tunduk dan patuh kepada jin dan berjanji taat setia kepada jin sehingga mensekutukan Allah. Inilah syirik yang Allah  larang.

Memang jika disebut bab syirik ramai yang terus meroyan rupanya. Tidak baca habis terus meroyan. Taksublah tu. Selalunya yang kuat meroyan ni malas membaca tetapi kuat meroyan. Sabar. Baca dahulu penerangan saya sebagai yang dimanahkan membanteras perkara syirik, khurafat dan sesat ini. 

JAGA ADAB, JANGAN TAKSUB, JAUHI SYIRIK DAN JANGAN MENIPU.


Jadi, takkanlah kita manusia yang Allah muliakan ni sanggup merendahkan diri tunduk kepada makhluk jin walaupun jin terdahulu yang wujud sebelum kita manusia?

Kenapa perlu samakan manusia dengan Jin sedangkan manusia lebih mulia dari jin jika amalan taqwanya kepada Allah SWT?

Kenapa perlu bersahabat dengan jin jika kita makhluk dan hamba Allah? Tidak cukupkah ALLAH sebagai pelindung kita semua makhluk hambaNYA?

Saya meneruskan kajian dan bacaan lagi. Terjumpa penulisan ini.


APA ITU ISTIADAT TABAL JIN? 

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak. Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam.

MENURUT SUMBER, AMALAN TABAL JIN SUDAH TIDAK DI AMALKAN PADA ZAMAN SEKARANG INI.

Saya teruskan kajian saya lagi. Terjumpa pula artikel di bawah ini 👇🏻Hah! Alhamdulillah semakin faham.



BUKAN KHURAFAT. [SUMBER diakses pada 2 May  2021 jam 9:41 pagi]


Artikel ini saya salin terus dari Harian Metro Online ditulis oleh Wan Asrudi Wan Hassan dan telah disiarkan pada Mei 9, 2015 @ 10:59am.

Ipoh: Istiadat Pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 yang dilaksanakan sekarang tidak bertentangan dengan syarak sebaliknya lebih menjurus kepada usaha memulihara adat dan adab Melayu yang diwarisi turun-temurun.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, 

sebelum istiadat pertabalan itu dilakukan, pihaknya mengadakan mesyuarat bagi memastikan semua adat dilakukan tidak mengandungi sebarang unsur khurafat sebaliknya selari dengan ajaran Islam.

Kita ada adab dan adat, namun sebahagian orang kita (Melayu) tidak faham apa itu adat dan apa itu adab. Kita menyembah raja itu adab kerana itu adab orang Melayu sejak dulu yang dipelihara.

Menghormati raja atau manusia tidak salah, asalkan jangan sujud atau rukuk, itu yang salah. Banyak sejarah orang Melayu sudah hilang, di sekolah tidak belajar lagi mengenai sejarah Raja Melayu, ada adat yang diterima oleh syarak, ada yang bertentangan seperti adat sembah pokok, sembah busut atau pergi ke keramat, itu tidak boleh kerana khurafat,” katanya.

Harussani berkata, 

maksud sebenar beberapa adat sepanjang pertabalan Sultan Perak iaitu bermula dengan Tabal Adat pada Rabu lalu yang menyaksikan Toh Seri Nara Diraja menyerahkan Mastika Embun dan membisikkan sesuatu kepada Sultan Nazrin.

Bisikan itu satu pesanan supaya raja bersikap adil kepada rakyat. Itu saja, tetapi dengan cara beradat dan beradab,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.

Mengenai istiadat Tabal Pusaka, Harussani berkata, ia semata-mata menyerahkan hak pusaka raja terdahulu kepada raja sekarang diiringi paluan nobat sebagai alat kebesaran dan dijirus air mawar selain tiada mantera dibenarkan.

Sebelum ini adat itu dikenali sebagai Tabal Jin, tetapi ia dimansuhkan kerana manusia tidak boleh disamakan dengan jin.

Mengulas mengenai adat mengambil air dari tujuh kuala sungai di Sungai Perak dan Adat Bersiram Tabal pula Harussani berkata, ia lebih kepada simbolik menunjukkan kekuasaan seorang raja.

Pada masa dulu tiada sempadan daerah, jadi tujuh kuala sungai ini sebagai sempadan daerah takluk, jadi mandi dengan air dari tujuh kuala sungai untuk menunjukkan simbolik daerah kekuasaan, ia tiada unsur khurafat,” katanya.

Beliau berkata, 

Adat menziarahi 34 makam raja terdahulu pula sebahagian daripada sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai memperingati raja yang sudah meninggal dunia dan melakukan tahlil setiap kali ziarah itu dilakukan.

Adat menjejakkan kaki di Beting Beras Basah di muara Sungai Perak pula bagi memperingati sejarah raja pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah yang masuk ke Perak seterusnya memerintah negeri itu.

Ada satu lagi kisah suka saya baca dan ingin kongsikan. Teruskan membaca 👇🏻


BANTERAS AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DI ISTANA PERAK.  [SUMBER Ini Saya Akses Pada 2 May 2021 jam 11:20 am, telah ditulis oleh azar ishak dan.disiarkan pada 7 september 2020]


Dosa besar syirik, syirik, syirik khofiyy, syirik jaaliyy,  Islam, Perawat tin kosong, Furdag, Cikgu ieta, Puteri Nur Cahaya, Panji Alam Nusantara
Harussani dilahirkan di Parit Buntar Perak dan berketurunan Banjar. Sebangsa dengan saya. Imej dari Bebas News melalui Blog Sos Cili. Semoga YM. Almarhum Dato' Mufti Harussani sentiasa di dalam rahmat Allah. Aamiin.


Berdasarkan Memoir Harussani Zakaria : Dia akan jadi Mufti, di bab tujuh memoir tu ada diceritakan tentang tugas-tugas terawal beliau selepas dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak. Harussani berkata, pada suatu hari beliau masuk ke Istana Perak dan melihat alat yang dikenali sebagai ‘sangkar-sangkar’ di sekeliling istana.

Bila ditanya kepada petugas istana, mereka menjawab yang tu semua adalah adat. Bila dengar jawapan tu, Harussani bertanya lagi –

sama ada yang tinggal di istana ni manusia atau jin?
Mereka jawab

manusia iaitu Sultan

Dan Harussani pun kata:

Kalau sultan yang tinggal di istana itu, kenapa kita pasang sangkar-sangkar untuk jin ini? Sultan bukan jin. Sultan adalah manusia. Apakah orang Perak bersultankan jin ke? – Harussani, dipetik dari memoir beliau.

Selepas itu, Harussani mengarahkan supaya semua sangkar tu dibuang, walaupun dapat bantahan daripada Orang Besar Istana

Selain itu, ada juga amalan menyembelih kerbau dan kepala kerbau tu tadi ditanam di bawah tempat mandi. Amalan tu turut dibantah dan dihapuskan oleh Harussani kerana mengandungi unsur syirik.


MEMANSUHKAN UPACARA ‘TABAL JIN’ DAN PEMAKAIAN ULAR EMAS


Tapi, antara amalan yang menjadi masalah besar menurut Harussani di Istana Perak pada masa tu adalah amalan Tabal Jin iaitu adat menabal jin pada sebelah malam dan siangnya pula Istiadat Pertabalan Sultan Perak. Ini kerana, dipercayai bahawa seseorang sultan tu didampingi oleh jin-jin.

Berdasarkan cerita beliau, amalan ni bermula apabila semua orang yang berpakaian hitam masuk ke dalam dewan, menutup lampu dan hanya menyalakan lilin. Selepas tu, Pawang Diraja akan menyempurnakan upacara berkenaan.

Maklum tentang amalan tu, Harussani kemudiannya segera menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (almarhum) dan tanya tentang rasionalnya amalan tu diteruskan. Harussani juga membacakan ayat 6 dari Surah Jin yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” – Surah Jin, ayat 6.

Tambah Harussani, 

disebabkan kesombongan jin itulah mereka berani minta kita memberikan sajian seperti sembelihan lembu, kambing, ayam dan sebagainya. Amalan-amalan tu tak lain dan tak bukan hanya menjerumuskan kita semua ke dalam lembah syirik semata-mata.

Mendengar nasihat dan penerangan tu, Sultan Azlan bersetuju dengan Harussani dan memperkenankan supaya amalan Tabal Jin dimansuhkan dari istiadat Istana Perak. Amalan tu kemudiannya diganti dengan Istiadat Tabal Pusaka yang hanya sekadar diiringi paluan nobat sebagai alat kebesaran dan dijirus air mawar, selain tak ada mentera yang digunakan.

Dalam pada itu, beliau juga ada mengarahkan supaya adat pemakaian perhiasan emas berbentuk ular dimansuhkan selepas mendapat perkenan daripada Sultan Perak.

Saya beritahu kepada Sultan, pada zaman Firaun menjadi raja dahulu, dia memakai perhiasan sedemikian kerana ular itu lambang tuhan mereka, sebab ular membunuh orang.” – Harussani, dipetik dari memoir beliau.

Dosa besar syirik, syirik, syirik khofiyy, syirik jaaliyy,  Islam, Perawat tin kosong, Furdag, Cikgu ieta, Puteri Nur Cahaya, Panji Alam Nusantara
Pontoh Ular Lidi, sepasang gelang emas berbentuk kepala ular lidi yang merupakan salah satu alat-alat kebesaran negeri Perak. Tak dapat dipastikan sama ada alat ini yang dimaksudkan oleh Harussani. Imej dari Laman web rasmi Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak. Sumber : Sos Cili.


HINA ADAT ISTIADAT? 😳

Tidak ada yang menghina atau terhina jika bijak membaca apa dikongsikan. Belajarlah, buka mata hati tu. Belajar membaca setiap apa yang orang lain tuliskan belajar fahamkan apa orang lain tulis. Baru boleh komen.

Saya menulis apa saya mahu tulis, kefahaman dan pengalaman sendiri. Tidak ikut orang lain. Yang membengkeng, biasanya ilmunya tidak cukup. Sebab itu asyik membengkeng. Baca pun tidak habis, terus membengkeng dan marah-marah. Kelakarlah jenis macam ni. Inilah namanya tin kosong.

Meroyan, pemalas membaca, kuat meroyan, jantan kuat meroyan, syirik khofiyy
Ini contoh jenis yang malas membaca kuat meroyan.


JIN, MOYANG DAN LELUHUR.

Berkaitan jin dan leluhur banyak sudah pernah saya kongsikan boleh rujuk SINI ya.

Usah keliru antara jin kafir dengan leluhur, nenek moyang, budaya dan amalan ya. Saya tidak pernah belajar bab ni. Saya diberitahu dan ada yang saya tahu sendiri. Tidak mengkaji tetapi tahu mungkin sebab saya pernah mengalami perkara pelik-pelik. Alhamdulillah Aqidah Tauhid berlandaskan Islam keutamaan saya.

Jika tidak ada ilmu pengetahuan berkaitan, usahlah banyak cakap. Usah tulis. Hanya akan  mengelirukan ramai. Seperti contoh di bawah ni. Biadap dan tidak beradab.


TIDAK HABIS-HABIS HAL JIN. 🤦🏻‍♂️

Saya bukan hendak mengaibkan sesiapa. Tapi inilah realitinya akhir zaman ini. Pakai furdah (cadar @ niqab) tapi merepek dan buat kerja jahil. Soalan merepek dan memang tidak beradab langsung. Sebab ajak saya mengumpat dan berkelakuan biadap dengan saya. Kan sudah kena block. 😌

Dosa besar syirik, jahil murakkab, syirik, syirik khofiyy, syirik jaaliyy,  Islam, Perawat tin kosong, Furdag, Cikgu ieta, Puteri Nur Cahaya, Panji Alam Nusantara
CONTOH JAHIL MURAKKAB

  1. Artikel itu tidak berfaedah langsung ditulis oleh perawat merapik tin kosong Shaiful Rizuwa yang pernah fitnah, tuduh, tohmah saya Bunian dan biadap memaki-hamun saya. Beliau tidak faham ilmu alam ghaib tetapi masih hendak berlagak dan menulis seperti bijak.
  2. Perempuan berfurdah ini pula kongsikan posting Shaiful Rizuwa ajak saya mengumpat dan mengata rakan sendiri syaithon. Tidak beradab langsung. Manalah saya tidak marah? Ajak saya mengumpat hal orang. 
  3. Benarlah, pakaian luaran dipakai tidak mencerminkan ADAB MUSLIMAH yang indah. Ramai orang berilmu tetapi tidak ramai orang yang berADAB.
  4. Walaupun saya juga memakai furdah, tetapi saya memang anti wanita berfurdah yang merepek begini. Saya ada pengalaman buruk dengan wanita yang berfurdah, doktor perawat, Tok Batin, Tukang Santet, Motivator, Konsultan, Coach Dan individu ramai followers yang isim. Kebanyakan saya terjumpa di Facebook mereka ni tidak beradab dan percakapan juga penulisan tidak tahu dijaga adabnya.
  5. Pakaian berniqab itu molek sudah, pakaian saidatina Aisyah Radiyallahu 'anha sewaktu beliau difitnah menduakan Rasulullah SAW. Carilah kisah sejarah Islam tentang srikandi mulia ini. Alhamdulillah saya kembali berniqab pada 1/7/2021 atas izin Suami saya. Saya selesa. 🥰


MUSLIM?

Kita ini muslimkan? Wajiblah jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik dan jangan menipu. Semoga kita semua sentiasa menjaga adab, tidak taksub, menjauhi syirik dan tidak menipu. Aamiin. Ingat, dosa besar syirik menduakan allah tidak akan buat hidup anda bahagia selagimana anda tidak kembali kepada Allah SWT.


ISTILAH ARAB

  1. MUNAFIQ : Orang yang bila bercakap dia berbohong. Bila berjanji dia memungkiri janji.
  2. FASIQ : Orang yang sudah tahu perkara syirik dan kejahatan sudah berlaku tetapi hanya berdiam diri.
  3. KAFIR : Orang yang tidak mahu ikut hukum Allah dan Islam.
  4. MUSYRIK : Orang yang menduakan Allah.

BAHAGIAN JAHIL [SUMBER diakses pada 5 Jun, 2021 jam 4:35 pm]

Rentetan daripada perkara ke tiga belas (13), saya telah buat penjelasan sekali lagi DI SINI dan DI SINI. Saya risau saya tersilap tulis. Jadi saya juga mencari bahan rujukan selain Al-Quran dan Al-Hadith. Benarlah, jahil murakkab itu bahagian jahil juga. Jahil ni ada dua (2) bahagian iaitu :

Pertama: Jahil Basit (الجَهْلُ البسيط)

Menurut para penulis kitab Al-Mu’jam Al-Wasith, jahil basit adalah suatu ibarat yang diletakkan kepada sesiapa yang kita selamat dari kejahilannya (iaitu kejahilannya tidak membawa kemudaratan kepada orang lain).

Manakala Imam Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa maksud jahil basit ini adalah : 

‘’(Seseorang itu) tidak mempunyai makrifah (pengetahuan) namun dia tidaklah menimbulkan keraguan kepada hal sebaliknya’’. Rujuk Badai’ Al-Fawaid, Ibn Al-Qayyim (4/209).

Ia bermakna, seseorang yang jahil dalam kategori ini tidak mempunyai pengetahuan sebenar terhadap sesuatu isu. Namun dalam masa yang sama dia tidak menimbulkan dakwaan bahawa dia berada di pihak yang benar dan pihak yang berlawanan dengannya itu salah. Iaitu dia tidak menimbulkan keraguan kepada orang lain dalam hal tersebut.

Kedua: Jahil Murakkab (الجَهْلُ المرَكَّب)

Definisi jahil murakkab adalah: 

‘’Suatu ibarat yang diletakkan kepada seseorang yang kita tidak selamat dari kejahilannya (iaitu kejahilannya memberi mudarat kepada orang lain)’’. Rujuk Al-Mu’jam Al-Wasith.

Di sisi Ibn Al-Qayyim pula jahil murakkab pula adalah kejahilan tokoh-tokoh pegangan yang bathil. Rujuk Badai’ Al-Fawaid, Ibn Al-Qayyim (4/209).


KESIMPULAN BERKAITAN DOSA SYIRIK :

Maka jelaslah kenapa dan mengapa Adat Tabal Jin dan beberapa perkara lain lagi seperti saya nyatakan  di atas dikatakan syirik dan khurafat. Ia disebabkan,

  1. Ada mantera diamalkan. Mantera itulah yang menyalahi aqidah Muslim.
  2. Menyamakan manusia dengan jin. Sedangkan manusia lebih mulia dari semua makhluk yang ada kerana manusia berakal. Manusia tidak boleh disamakan dengan jin.
  3. Amalan menyembelih kerbau dan kepala kerbau ditanam di bawah tempat mandi. Amalan itu turut dibantah dan dihapuskan oleh Harussani kerana mengandungi unsur syirik.

  4. Sultan Azlan bersetuju dengan Harussani dan memperkenankan supaya amalan Tabal Jin dimansuhkan dari istiadat Istana Perak. Amalan tu kemudiannya diganti dengan Istiadat Tabal Pusaka yang hanya sekadar diiringi paluan nobat sebagai alat kebesaran dan dijirus air mawar, selain tidak ada mentera yang digunakan.

  5. Adat pemakaian perhiasan emas berbentuk ular dimansuhkan kerana menyamai dengan kepercayaan Firaun ular adalah tuhannya.
  6. Semua perkara di Istana Negara tu Alhamdulillah sudahpun dimansuhkan dan digantikan dengan adat yang tidak menyalahi hukum Islam.
  7. Berkaitan penerimaan amalan secara online adalah disebabkan sikap taksub kepada ramai follower, mudah percaya dan diam diri apabila ditipu (scam) oleh perawat, Ustaz, tukang santet dan tok bomoh mereka terkena.
  8. Manakala pemberi amalan sendiri menerima amalan dari guru yang mengamalkan perkhodaman makhluk yang tidak nampak (ghaib @ mistik).
  9. Ada juga yang tidak tahu mereka itu sebenarnya dikuasai makhluk ghaib tetapi masih hendak mengajar dan sebarkan ilmu.
  10. Amalan secara online seperti zikir sirr guna kaedah meditasi, selawat dari 3 pagi sehingga jam 6 pagi menyiksakan diri pengamal hingga khodam Jin mengganggu pengamal dan lain-lain perkara berkaitan New Age Movement seperti meditasi, ilmu Metafizik, ilmu aura, magnet rezeki, garfu tala dan kepercayaan khurafat masih lagi tular sehingga saat saya sambung menulis artikel ini disebabkan kurang ilmu individu terhadap adab berguru, etika di laman sosial dan kesan individu pemberi amalan yang isim (mereng). 🤦😄


PENUTUP

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa jahil basit tidaklah dianggap sebagai suatu yang tercela selama mana seseorang itu tidak menyebabkan kemudaratan terhadap orang lain dari kejahilannya itu.

Manakala jahil murakab adalah suatu sifat yang tercela. Ini kerana, bukan sekadar dirinya jahil bahkan dia mempertahankan kebatilan tersebut dengan menganggap ia sebagai suatu kebenaran. Justeru, kemudaratan darinya lebih banyak dan berganda terhadap orang lain.

Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah S.W.T sentiasa memuliakan kita semua dengan ilmu dan menjauhkan diri kita dari bersikap sombong terhadap kebenaran. Ameen.




Sebab itu saya marah dengan mereka yang mempermainkan Aqidah dan jahil murakkab ni. Sesungguhnya saya amat merindui Pejabat Mufti dan JAKIM seperti dahulu. Tegas, cekap dan amat teliti dalam mengeluarkan dalil dan fatwa. Tidak seperti sekarang ini. Allahuakbar. 😢

Amalan berkhodamkan jin dilarang oleh Allah SWT. 


Janganlah sekutukan Allah SWT. Kukuhkan dan hadamkan asas sifat 20. Pahatkan mantapkan aqidah iman kita itu. 

Semua jenis jin tidak boleh dijadikan khodam. Apatah lagi mohon bantuan daripada leluhur dan jin. Itu sudah menduakan Allah. 

Allah melarang keras makhluk manusia yang lebih mulia dari makhluk lain  mensyirik (sekutu/mendua)kan Allah. Dalam entri Blog saya ini saya sudah jelaskan bab syirik.

Sebab itu saya menentang amalan-amalan dari gang paranoid akhir zaman teori konspirasi. Sebab saya berpengalamanlah saya menulis. 


Kesimpulannya dosa besar syirik menduakan allah berkaitan perkara melibatkan hal alam ghaib usah disebarkan, usah dibicarakan jika kita bukan ahlinya. Biarlah yang pakar sahaja membicarakan ia. Kerana jika yang bukan pakar, hanya akan menimbulkan fitnah sahaja. 

Tambahan pula yang menulis itu majoritinya isim (mereng) ada makhluk yang tidak nampak pada zahirnya. Bertaubatlah pada yang mengumpat, menista, memaki-hamun, mencarut, menuduh, memfitnah dan mengadu-domba memporak-perandakan silatur-rahmi sesama manusia.


PENULIS 

© Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta

Suri Rumah Sepenuh masa, Freelance Blogger, Social Media Expert Coach.

Lulusan Pondok 4 Thanawi, Institute of Information Technology Cosmopoint (KLMU) & UTM Space.

Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


Artikel berkaitan : 

ARTIKEL TERKINI

FAHAMAN BAHAIYYAH MENGELIRUKAN PEMIKIRAN

FAHAMAN BAHAIYYAH MENGELIRUKAN PEMIKIRAN  [ Sumber Asal ] Fahaman Bahaiyyah adalah doktrin kefahaman mengelirukan yang nampak seperti benar ...