Followers

Sunday, 19 December 2021

Rohaniah ilmu mengkaji perjalanan roh

ROHANIAH ILMU MENGKAJI PERJALANAN ROH


Saya terjumpa satu perkongsian yang banyak menjawab persoalan saya sewaktu saya terkeliru dan saya rasa patut saya kongsi berkaitan ROHANIAH ini kepada awam selepas mendapat keizinan daripada pemilik perkongsian. Sumber Asal perkongsian ini daripada Pak Lang saya, Pak Syeikh. Jom baca. 

Sebelum teruskan membaca perkongsian saya ini boleh baca sini dahulu. Dosa besar mensyirikkan Allah

Ingin saya tegaskan, Ritual bercakap dengan leluhur (jin) antara amalan gerakan New Age. Ritual ini sesat menyesatkan aqidah. Sebab itu saya kongsikan perkara ini kepada semua pembaca berkaitan kumpulan psikik dan scammer penunggang agama ni.


ROHANIAH. [Sumber asal]

Roh, alam ruh, ruhul hayat, ruhul tamyiz
llmu rohaniah atau ilmu rohani adalah ilmu mengenai roh. Yakni ia mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai tentang perjalanan roh. 


Perkataan rohaniah itu berasal daripada perkataan ‘ruhun’. 


APAKAH YANG DIKATAKAN ROH ITU? 


Untuk mencari jawapannya marilah kita mengembara ke alam rohani ini, dengan izin Allah SWT. Moga-moga kita turut sama dapat memahaminya melalui pengembaraan kerohanian ini. Untuk itu mari kita kenali apa itu roh.


BAHAGIAN ROH


Roh terbahagi kepada dua iaitu:


1. Ruhul hayah (روح الحيات)


2. Ruhul tamyiz (روح التمييز)


RUHUL HAYAH


Ruhul hayah terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian ahli biologi atau para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat seperti batu, kayu dan sebagainya.


RUHUL TAMYIZ


Ruhul tamyiz (ruhul amri) lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia, malaikat dan jin. Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yang mukalaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.


Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yang membolehkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat. Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT.


Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya ruhul tamyiz ini.


Roh tamyiz terkenal dengan sebutan akal. Hadis ada meriwayatkan :

Ketika Allah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia. Kemudian Allah berfirman kepada akal: ‘Demi kebesaran dan kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang Aku cintai. Kepadamulah Aku akan menyuruh, melarang dan menyeksa serta memberi pahala”. Hadis Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad.


Inilah yang membezakan antara manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain makhluk yang hanya semata-mata ada ruhul hayah. Umpamanya binatang, ia tidak mukalaf. Sebab itu pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak diberi pahala. Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke Neraka pun tidak.


Tetapi ketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin dan malaikat, oleh kerana memiliki akal atau ruhul amri maka mereka akan dibalas sama ada ke Syurga dengan rahmat-Nya atau ke Neraka dengan keadilan-Nya. Kalau mereka berbuat baik akan diberi pahala. Sebaliknya bila berbuat jahat, mereka berdosa dan akan dicampakkan ke Neraka. Selama ini kita mungkin jarang mendengar tentang istilah roh tamyiz ini. Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang istilah roh atau ruhul hayah sahaja.


Ruhul hayah yang ada pada binatang, manusia, malaikat dan jin, kiranya ia keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat, malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluar dari jin, jin akan mati. Kalau ia keluar dari haiwan, haiwan itu juga akan mati. Kerana ruhul hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lain makhluk itu hidup.


Manakala roh tamyiz pula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati. Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain. Mungkin dapat melihat alam malakut, dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur, dapat melihat alam Akhirat, dapat melihat alam jin, dapat melihat alam malaikat, alam yang seni-seni (alam mawaraa-ul maddah iaitu dapat melihat alam di luar material (kebendaan) ini dengan izin Allah.


Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di waktu kita tidur atau secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu seseorang itu sedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang suci, seseorang itu akan dapat mimpi yang baik-baik. Tetapi apabila roh tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin yang jahat, syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan.


Jika ruhul tamyiz ini keluar di waktu jaga, secara yakazah, dia akan dikasyafkan iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia akan dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca hati orang dan Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau melihat benda-benda yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak semajlis dengannya. Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan batu darinya. Apa yang ada pada manusia itu, bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh. Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul hayah itu bila keluar dari badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan mati.


Perlu dijelaskan lagi : Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti yang disebutkan di dalam Al Quran:  

(Malaikat itu) tidak pernah menderhakaiAllah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (At Tahrim: 6)


1. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf. Tidak dipertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.


2. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Ertinya, ada ketiga-tiga sekali. Kalau diasuh, dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak malaikat yang berupa manusia. Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang berupa manusia.


Patutlah ada ungkapan syaithon bertopengkan manusia seperti mereka ini  🤭


AURA DAN ALAM

Saya bertanya kepada Tuan Guru saya berkaian alam. Ini adalah kebenaran.

Kalau orang tu positif (putih) kita ini juga positif (putih). Sama-sama putih akan rasa aura yg sangat ringan dan serasi sejuk sahaja. Tetapi kalau orang itu aura negatif (hitam) dan kita ini aura positif (putih). Mereka akan kepanasan melihat atau berbual dengan kita.


Aura putih ialah alam cahaya manakala aura hitam pula ialah alam kegelapanAlam cahaya adalah terdiri daripada jin islam, Rijalul ghaib, leluhur (susur galur) dan juga malaikat. Alam kegelapan pula dihuni oleh jin kafir, syaitan dan iblis. 


KUAT BERHALUSINASI

Pada segelintir manusia yang kuat berhalusinasi, berhati-hati dengan alam kegelapan, alam ghaib yang banyak jin penyamaran sentiasa cuba menyesatkan makhluk manusia dengan pelbagai perkhabaran dan cerita supaya tidak menjadi mangsa kekeliruan. Semoga perkongsian berkaitan rohaniah ilmu mengkaji perjalanan Roh ini menjadi panduan pada yang mencarinya.


 همبا الله الحقير والفقير الى رحمة الله  


Penulis nama pena, 


PERKARA BERKAITAN

  1. 6 ghibah yang diperbolehkan menurut Imam Nawawi.
  2. Dosa besar syirik menduakan Allah
  3. Doktor Perawat dan Coach Psikik Scammer
  4. Psikik Scammer Penunggang Agama
  5. Aqidah bukan perkara mainan
  6. Ghibah dan fitnah amat lazat
  7. Kau jangan ambil kerja Tuhan
  8. Usah terlalu paranoid iaitu taksub
  9. Amalan Garfu Tala
  10. Paranoid dan saman
  11. Kasyaf?
  12. Jenayah Body shaming
  13. Akibat ajaran sesat
  14. Buli, gila isim, punca dan akibatnya

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Saya tidak bermusuh dengan mereka tetapi mereka telah berkelakuan biadap di facebook, melalui whatsap, telegram atau bersemuka telah

Aniaya, ugut, ghibah (mengumpat), tohmah, fitnah, caci-maki, hamun, mencarutkan, mengaibkan AQIDAH saya.

2021 baru saya tahu ini adalah jenayah cyberbully dan jenayah body shaming maruah, AQIDAH dan minda saya.

PDRM sifatkan mereka semua ini psikik dan scammer penunggang agama. Mereka ini kanak-kanak ribena kurang kasih sayang ghibah hal saya di laman sosial mereka antara tahun 2015, 2020 dan 2021.

Antaranya, Najeeb Abdullah, Saidila Abdul Rahman, Adnan Ibrahim (Tiffin Biru), Amir Shahmi Md. Ali, Mohd Nuur Fahmy Nuur Massailan (Fahmy Adam), Ahmad Fadzli Yusof (Ahmad Fadzli AlBasuti), Tengku Asmadi Tengku Mohammed (DTA), Cikgu Malek Wirajaya, Shaiful Rizuwa, Azrul Hisham Abd Halim, Sayf Al-Malawi, Muhammad James Baven, Muhammad Anis Hassan (Haniz Zerstoren), Muhd Arifin, Lyana Bajana, ليلي حيليدين، Tengku Azrul Hamdi Tuan Zolkapeli (Jalak Lenteng XI), Muhammad Anuar Ibrahim, Nasri Mardi Ismail (Cikgu ie), Syazrul Fadzly (Li), Wan Amir, Lynn Lyana Leen, Mohd Siddiq (Haris Kersani), Panglima Indra Shahril, رمضان ليستاري, Raja Rozieda Gee dan ramai lagi pengikut mereka. Semua yang mereka memaki-hamun, sindir, umpat, mencarut, aibkan saya melalui like, comment, share kembali semula kepada mereka.

DILARANG :
1) Minta sedekah secara online.
2) Mengumpat hal orang tiada kaitan dengan saya.
3) Kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak mahu dengar dan saya tidak suka.
4) Sembang kosong.

BERIKLAN.
Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com

TERIMA KASIH
Terima kasih sudi berkunjung. Silakan kongsi untuk manfaat ramai. Sebarang cadangan dialu-alukan dan pertanyaan sila email ke panjialamnusantara@gmail.com

Penulis nama pena,
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta.

ARTIKEL TERKINI

FAHAMAN BAHAIYYAH MENGELIRUKAN PEMIKIRAN

FAHAMAN BAHAIYYAH MENGELIRUKAN PEMIKIRAN  [ Sumber Asal ] Fahaman Bahaiyyah adalah doktrin kefahaman mengelirukan yang nampak seperti benar ...