Followers

Tuesday, 28 December 2021

Fakta Trisula yang ramai tidak tahu.

Fakta Trisula yang ramai tidak tahu. [Sumber asal]

Trisula, kegunaan Trisula, jauhi azazil dan sekutunya, ciri-ciri tentera azazil, perkara menduakan Allah, Trisula, Atlantis lost of Kingdom, ajaran sesat, ciri-ciri tentera azazil, azazil, senjata azazil, mitos naga, mitos kayangan, alam ghaib, alam jin
Jauhi Azazil dan sekutunya


Saya bukan pengkaji. Terjumpa, terkeluar idea, tertulis dan terpaparlah ke laman sosial saya. Apa yang tertulis saya rujuk dahulu kepada Tuan Guru saya dan suami saya. 

Inilah antara fakta Trisula yang ramai tidak tahu.
  1. Trisula itu adalah senjata Azazil. 
  2. Azazil itu adalah Ketua malaikat satu masa dahulu sebelum beliau mendurhaka, angkuh dan sombong tidak mahu sujud hormat kepada Lembaga Nabi Allah Adam 'Alaihissalam.
  3. Barangsiapa yang angkuh, sombong dan bongkak maka bersifatlah ia seperti Azazil. (Rujuk Al-Quran berkaitan kejadian Adam).
  4. Selain Azazil nama lain beliau adalah Iblis. Telah dilaknat oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sesiapa yang bersekutu menjadi tentera-tentera Azazil.
  5. Berhati-hatilah dengan tentera-tentera Azazil tanpa sedar atau dengan sedar. 
  6. Ada Pak Guru beritahu saya, naga juga merupakan tentera Azazil. Tuan Guru saya nyatakan, naga adalah haiwan mitos Nusantara. 
  7. Tetapi memang saya pernah jumpa manusia matanya bertukar kepada mata naga. Wajahnya molek amat. Selepas selesai tugasannya kembali menjadi wajahnya biasa-biasa sahaja. Wallahua'lam bissowab. 😁
  8. Islam pernah dihancurkan oleh Kelompok Trisula.
  9. Trisula juga merupakan salah sebuah kerajaan Majapahit. 
  10. Trisula juga dikaitkan dengan dewa-dewa dan Ratu Majapahit kerajaan zaman kuno purbakala lama dahulu kala dan pagan.
  11. Trisula juga digunakan sebagai senjata utama oleh tentera sebuah negara di luar Malaysia satu masa lalu.
  12. Trisula bukanlah lembing atau tombak.
  13. Atlantis the lost Kingdom itu menceritakan tentang Azazil. Perebutan senjata Azazil dan perebutan harta. 
  14. Khazanah yang tertanam di kepulauan itu, Raja Iskandar Zulqarnain campakkan di situ untuk pewaris-pewarisnya kelak.
  15. Apa tujuan Raja Iskandar Zulqarnain campakkan ke situ? Hanya Allah yang maha tahu. Kita usah menjadi jahil murokkab membawa ramai terpesong aqidah akibat mempertikai dan mengkaji kerja buat Allah SWT.
  16. Tidak semua yang makhluk manusia tahu perlu dicanangkan ke seluruh alam untuk dibangga-banggakan demi menarik crowd dan followers.
  17. Usah terlalu mengkaji agar tidak menjadi gila isim nanti. Ianya sangat merugikan diri sendiri.
  18. Allah melaknat hamba-hambanya yang menjadi tentera Azazil hingga ke saat ini masih cuba membawa ramai ke arah kesesatan. Ramai pula tu followers mereka. 
  19. Kebanyakan tentera-tentera Azazil ini mempergunakan agama melalui cerita akhir zaman dan teori konspirasi menakut-nakutkan awam dengan cerita Isroeilliyat (cerita palsu) sebagai penyedap bumbu sesuatu cerita.
  20. Tentera-tentera Azazil BERBOHONG untuk memenuhi keperluan dan hajat dinaikkan martabat disanjung tinggi ummat akhir zaman terutamanya ummat Nabi Muhammad SAW untuk disesatkan pegangan agama Islamnya.
  21. Jauhilah Azazil dan sekutunya yang cuba menyesatkan kita manusia anak cucu Adam
  22. Azazil itu kita tidak nampak secara zahir. Apa sahaja tidak nampak secara zahir, itulah alam ghaib.


KITA INI DI ALAM DUNIA NYATA.  [Sumber]

  1. Kita ini di alam dunia nyata. Bukan di alam sebalik mata atau alam separanormal atau alam ghaib (alam bunian, kisah akhir zaman, kisah nusantara iaitu kisah zaman  kuno zaman lampau zaman purbakala lama).
  2. Jadi hiduplah seperti manusia di alam dunia nyata. Usah merepek akan hal alam selain alam dunia. Alam sebalik mata itu bukannya best pun. Leluhur atau yang mengaku naga atau yang mengaku harimau keturunan, semua itu alam ghaib. Ada juga yang disebut sebagai mitos Nusantara.
  3. Alam ghaib tu, semua perkara yang tidak nampak wujud di hadapan mata termasuklah malaikat, jin, syurga, neraka, hari qiamat. Jin ada Islam ada kafir. Jin penyamaran pun ramai. Ramai yang menipu weyh. Nak pula gang taksubkan naga. Lagilah banyak AUTAnya. 😆
  4. Namun demikian, manusia boleh memerintah jin. Boleh arahkan jin buat perkara tidak menyimpang aqidah Islam.
    • Contoh :
      • Nabi Allah Sulaiman perintahkan jin membina Istananya.
  5. Tuan Guru beritahu, Dewataraya itu jin peringkat alam yang rendah. Tidak ada Dewata di langit yang ke tujuh. 
  6. Kayangan itu hanyalah mitos sahaja. Perkhabaran diterima daripada segala jenis yang mengaku leluhur adalah penyamaran dari alam jin. 
  7. Mereka yang mengaku sebagai leluhur biasanya adalah jin. Mereka yang berbangga dengan leluhur dan menyatakan tidak salah minta tolong dari leluhur sesungguhnya telah terpesong aqidah mereka kerana menduakan Allah SWT.
  8. Jenis Thanos, Hulk, Smurf, Star Wars dan semua yang hodoh atau comel lagi pelik rupanya termasuklah alien, semua itu kisah jinlah tu. Bangsa Melayu panggil yang rupa hodoh itu hantu. Mereka itu adalah ciptaan Allah sebelum kejadian lembaga Adam diciptakan dan turun ke dunia. Pihak pembuat filem mengabdikannya melalui filem-filem mereka.
    • Contoh : 
      • Makhluk di dalam cerita Spiderman.
  9. Usah sesekali cuba masuk ke alam ghaib. Biasanya alam ghaib adalah alam jin. 
  10. Usah teringinlah berjumpa sesiapa kalangan mereka samada Tok Syeikh atau Penghulunya jika tiada ilmu TAUHID yang kukuh di dada. 
  11. Bermain sihir, menyeru atau diperalatkan berkaitan dengan alam ghaib, kelak terkeliru boleh jadi juga terpesong aqidah akhirnya susah merana diri.
  12. Tidak digalakkan bercerita hal jin hingga taksub. Elakkanlah berkawan dengan jin. Usah asyik bercerita dan menjaja hal jin. Usah juga mempersendakan mereka.
  13. Baiklah kita mengaji kukuhkan TAUHID kita. Lagi berfaedah. Carilah guru yang zahir dan nyata di hadapan mata untuk membimbing kita.
  14. Usah berguru bab kebatinan, bab agama, berzikir, tasawuf, sejarah atau silat (ilmu perang) secara online. Jika berguru dengan penyebar amalan online yang kebanyakan penyebar amalan dan ilmu itu ada khodam jin, syaithon atau saka keturunannya. Segelintir mereka itu banyak berhalusinasi, taksub (obses @ paranoid) yang bukan-bukan. Taksub itu mensyirikkan Allah. Bahaya pada aqidah.
  15. Mereka yang  banyak bemain sihir, syirik dan khurafat juga kuat berhalusinasi tidak layak menyebarkan, mengajar, membimbing sebarang ajaran dan amalan lebih-lebih lagi perkara berkaitan agama dan ilmu kebatinan. 
  16. Jin dan syaithon akan berdampingan dirinya dan penerima amalannya. Itulah puncanya yang sakit sana sakit sini tidak sembuh-sembuh. Hati-hati kerana semua mereka itu cuba memesongkan aqidah kita sahaja.
  17. Hal ehwal dunia, belajar secara online tidak mengapalah asalkan tidak ada unsur-unsur menduakan Allah SWT.
  18. Sedarlah. Kita ini di alam dunia nyata. Dunia yang kita nampak. Maka kita mestilah berpijak di dunia yang nyata. Yang lain hanyalah fatamorgana sahaja. Dipegang hilang yang nampak hanyalah bayang-bayang.
  19. Saya tidak berminat komen dan menulis lagi bab orang lain tiada kena-mengena dengan diri saya atau ambil tahu pengamal amalan sesat menyesatkan awam yang ramai di laman sosial atau berkumpulan. Semua itu sampah. Masing-masing sudah ada akal dan fikiran, pilih sendiri tepuk dada tanya iman.
  20. Saya menulis di atas pegangan saya sebagai seorang Mukmin Muslim dan berdasarkan pengalaman saya pernah terperangkap di alam separanormal akibat perbuatan khianat psikik dan scammer penunggang agama.


Tertulis apa yang perlu ditulis untuk dituliskan daripada apa yang telah tertulis oleh mereka yang telah mula menulis dan mengorek cerita di alam maya. Makanya saya nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta menulis apa yang perlu saya tulis untuk pengetahuan awam. Semoga bermanfaat berkaitan alam ghaib dan fakta Trisula yang ramai tidak tahu kepada semua yang membaca. 🥰


Penulis nama pena, 


PERKARA BERKAITAN

  1. 6 ghibah yang diperbolehkan menurut Imam Nawawi.
  2. Dosa besar syirik menduakan Allah
  3. Doktor Perawat dan Coach Psikik Scammer
  4. Psikik Scammer Penunggang Agama
  5. Aqidah bukan perkara mainan
  6. Ghibah dan fitnah amat lazat
  7. Kau jangan ambil kerja Tuhan
  8. Usah terlalu paranoid iaitu taksub
  9. Amalan Garfu Tala
  10. Paranoid dan saman
  11. Kasyaf?
  12. Jenayah Body shaming
  13. Akibat ajaran sesat
  14. Buli, gila isim, punca dan akibatnya

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Saya tidak bermusuh dengan mereka tetapi mereka telah berkelakuan biadap di facebook, melalui whatsap, telegram atau bersemuka telah

Aniaya, ugut, ghibah (mengumpat), tohmah, fitnah, caci-maki, hamun, mencarutkan, mengaibkan AQIDAH saya.

2021 baru saya tahu ini adalah jenayah cyberbully dan jenayah body shaming maruah, AQIDAH dan minda saya.

PDRM sifatkan mereka semua ini psikik dan scammer penunggang agama. Mereka ini kanak-kanak ribena kurang kasih sayang ghibah hal saya di laman sosial mereka antara tahun 2015, 2020 dan 2021.

Antaranya, Najeeb Abdullah, Saidila Abdul Rahman, Adnan Ibrahim (Tiffin Biru), Amir Shahmi Md. Ali, Mohd Nuur Fahmy Nuur Massailan (Fahmy Adam), Ahmad Fadzli Yusof (Ahmad Fadzli AlBasuti), Tengku Asmadi Tengku Mohammed (DTA), Cikgu Malek Wirajaya, Shaiful Rizuwa, Azrul Hisham Abd Halim, Sayf Al-Malawi, Muhammad James Baven, Muhammad Anis Hassan (Haniz Zerstoren), Muhd Arifin, Lyana Bajana, ليلي حيليدين، Tengku Azrul Hamdi Tuan Zolkapeli (Jalak Lenteng XI), Muhammad Anuar Ibrahim, Nasri Mardi Ismail (Cikgu ie), Syazrul Fadzly (Li), Wan Amir, Lynn Lyana Leen, Mohd Siddiq (Haris Kersani), Panglima Indra Shahril, رمضان ليستاري, Raja Rozieda Gee dan ramai lagi pengikut mereka. Semua yang mereka memaki-hamun, sindir, umpat, mencarut, aibkan saya melalui like, comment, share kembali semula kepada mereka.

DILARANG :
1) Minta sedekah secara online.
2) Mengumpat hal orang tiada kaitan dengan saya.
3) Kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak mahu dengar dan saya tidak suka.
4) Sembang kosong.

BERIKLAN.
Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com

TERIMA KASIH
Terima kasih sudi berkunjung. Silakan kongsi untuk manfaat ramai. Sebarang cadangan dialu-alukan dan pertanyaan sila email ke panjialamnusantara@gmail.com

Penulis nama pena,
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta.

ARTIKEL TERKINI

FAHAMAN BAHAIYYAH MENGELIRUKAN PEMIKIRAN

FAHAMAN BAHAIYYAH MENGELIRUKAN PEMIKIRAN  [ Sumber Asal ] Fahaman Bahaiyyah adalah doktrin kefahaman mengelirukan yang nampak seperti benar ...