Tuesday, 1 June 2021

SEJARAH KHILAFAH PEMERINTAHAN ISLAM

SEJARAH KHILAFAH PEMERINTAHAN ISLAM


Sejarah khalifah Islam, sejarah pemerintahan Islam, kisah pemerintahan, kisah Islam, kerajaan uthmaniyah, kerajaan Abasiyyah, Khulafaur Rhasyidin

MAKSUD KHILAFAH

Menurut bahasa, khilafah berasal dari bahasa arab yakni  خَلَفَ – يَخْلُفُ - خَلَفًا وَ خِلاَ فَة yang bermaksud menggantikan atau menjadi pengganti. Kata  خِلاَ فَة  dapat diertikan sebagai kekuasaan atau pemerintahan.

Manakala menurut istilah, Khilafah iaitu susunan pemerintahan yang di atur menurut ajaran Islam, di mana aspek-aspek yang berkenaan dengan pemerintahan keseluruhannya berlandaskan ajaran Islam.

Bentuk khilafah yang benar-benar murni adalah berlandaskan hukum-hukam Al-Qur'an dan As-Sunnah seperti yang pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah Saw dan zaman Khulafa' Ar-Rasyidin, di mana hukum-hukam Al-Qur'an dan As-Sunnah benar-benar di ikuti dan di taati secara konsisten oleh seluruh kaum muslimin.


KENAPA PERLU KHILAFAH?

Adanya khilafah memang sangat diperlukan oleh umat Islam, kerana ianya bersangkutan di dalam segala aspek kehidupan umat Islam. Tanpa adanya khilafah, kehidupan bersama umat Islam tidak akan teratur, kemakmuran bersama tidak akan tercapai, bahkan eksistensi Islam dan umatnya akan terancam. Na'udzubillahi min dzaliik.

Adanya khilafah atau pemerintahan di dalam Islam bukan menjadi tujuan, tetapi ianya sebagai alat untuk mencapai tujuan. Ada pun tujuan khilafah itu ialah :

•Terciptanya kehidupan beragama yang mantap pengamalannya dengan segala aspek kehidupan umat, baik di dalam kehidupan peribadi, masyarakat dan negara.

•Terwujudnya kehidupan bermasyarakat yang adil, makmur dan sentosa di seluruh lapisan masyarakat, serta jauh dari rasa takut dan kekhawatiran yang berasal dari bangsanya sendiri mahu pun dari luar bangsanya.

•Agama Islam dapat tumbuh dan berkembang dengan baik dan di sisi lain umat Islam memperoleh kebahagiaan zahir dan batin. Tujuan ini sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Qur'an, iaitu :

بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُوْرٌ (سبا : ١٥)
Ertinya : Negeri makmur, aman, tentram. serta berada dalam keridhaan Allah swt        .


MAKSUD KHALIFAH. (خَلِيْفَة)

Khalifah adalah pengganti atau wakil Allah SWT untuk melaksanakan undang-undang-Nya di muka bumi ini, sekaligus melanjutkan kepemimpinan Rasulullah saw, baik di dalam urusan keduniaan mahu pun akhirat. Kata Khalifah bermaksud pengganti, iaitu pengganti kedudukan yang ditinggalkan oleh pendahulunya. Khalifah dapat juga diertikan sebagai orang yang memegang tampuk pemerintahan atau orang yang diberi tugas untuk menjalankan pemerintahan.

Khalifah di dalam erti khusus iaitu ketua negara setelah Rasulullah saw atau pengganti-pengganti Rasulullah Saw sebagai ketua negara, tetapi tidak menggantikan kedudukannya sebagai Nabi dan Rasul. Di antara khalifah yang tersohor ialah Abu Bakar Shiddiq, Umar Bin Khattab, Utsman Bin Affan, Ali Bin Abi Thalib dan seterusnya.




PERBEZAAN KHILAFAH DAN KHALIFAH

Maka dengan demikian perbezaan Khilafah dengan khalifah ialah :
Khilafah adalah suatu bentuk pemerintahan atau kepemimpinan.
Khalifah adalah individu, iaitu pemimpin atau pemerintah.
Khalifah merupakan bentuk Mashdar, manakala Khilafah pula di dalam bentuk Isim sifat.


[SUMBER, diakses pada 2/6/2021 @ 8:31 pm]



SEJARAH KHILAFAH [SUMBER, diakses pada 28/5/2021 @ 10pm]

Dari segi sejarah, khilafah adalah tatanegara berasaskan Islam yang berkembang menjadi empayar rentas negara dan mempunyai pelbagai etnik. Semasa zaman pertengahan,


TIGA KHILAFAH UTAMA DIASASKAN

  1. Khilafah Rasyidin (632-661 TM [Tahun Masihi).
  2. Khilafah Umaiyyah (661-750 TM).
  3. Khilafah Abbasiyah (750-1258 TM).


PEMERINTAH EMPAYAR UTHMANIYAH

Pada khilafah utama keempat, Khilafah Uthmaniyah, pemerintah Empayar Uthmaniyah menuntut kuasa khilafah dari tahun 1517. 

Dalam sejarah Islam, beberapa negara Muslim yang lain, dengan hampir semua pewaris takhta, telah menuntut khalifah. 


PEMERINTAHAN KHULAFAUR RASYIDIN.

Kekhalifahan Rasyidin pada tahap yang paling tinggi, di bawah pemerintahan Khalifah Uthman. Sebelum kebangkitan Muhammad dan penyatuan kaum-kaum Arab di bawah Islam, orang Arab mengikuti politeisme Arab sebelum Islam, hidup sebagai masyarakat yang tidak aktif dan berpindah-pindah, dan sering kali menjarah puak-puak jiran mereka. Selepas penaklukan Islam di Semenanjung Arab, rantau tersebut bersatu dan banyak puak memeluk Islam.


KHILAFAH PERTAMA

Khilafah pertama, Khulafaaul Rasyidin, diasaskan sejurus selepas kematian Nabi Muhammad pada tahun 632 TM. Keempat-empat khalifah Ar-Rasyidin, yang secara langsung menggantikan Nabi Muhammad sebagai pemimpin masyarakat Islam, telah dipilih melalui majlis syura, suatu proses perundingan komuniti yang dianggap sebagai bentuk awal perundingan Islam dan kini diserap ke bahasa Melayu menjadi mesyuarat.


KHILAFAH KEDUA

Khilafah kedua, Khilafah Umaiyyah, diperintah oleh Banu Umaiyyah, sebuah puak Mekah yang berasal dari Umaiyyah bin Abdul Syams. Khilafah ini meneruskan penawanan negeri-negeri, menggabungkan Caucasus, Transoxiana, Sindh, Maghreb dan Semenanjung Iberia (Al-Andalus) ke dalam dunia Islam. Khilafah menerima orang Kristian di dalam wilayahnya, apatah lagi dengan bilangan mereka yang amat ramai, terutama sekali di wilayah Syam. Berikutan Revolusi Abbasiyah dalam tahun 746–750 TM, yang timbul kerana pelucutan hak undi bukan Muslim Arab, Khilafah Abbasiyah ditubuhkan pada tahun 750 TM.


KHILAFAH KETIGA

Khilafah yang ketiga, Khilafah Abbasiyah diperintah oleh Bani Abbasiyah, sebuah wangsa Mekah yang berasal dari keturunan Bani Hasyim—datuk nenek moyang Nabi Muhammad—dan menjadikan mereka sebahagian dari Banu Hashim melalui paman Nabi Muhammad, Abbas, bersempena namanya. Khalifah Al-Mansur mengasaskan Baghdad sebagai ibu kotanya yang kedua pada tahun 762 TM yang menjadi ibu pusat sains, budaya dan seni, sekali dengan wilayah tersebut dalam zaman yang dikenali sebagai Zaman Kegemilangan Islam.


KHILAFAH KEEMPAT

Khalifah keempat, Ali, berasal dari Bani Hasyim sama seperti Nabi Muhammad, dan dianggap oleh orang Syiah sebagai khalifah sah yang pertama juga Imamah (pemimpin) selepas Nabi Muhammad. Ali memerintah semasa Fitnah Pertama (656-661 TM), sebuah perang saudara antara penyokong Ali dan penyokong Uthman—yang telah dibunuh—dari Banu Umaiyyah dan juga pemberontak di Mesir; perang ini menghala kepada pengasasan Khilafah Umaiyyah di bawah Muawiyah I pada tahun 661 TM.


FAKTA PEMERINTAHAN ABASIYYAH

  1. Dari abad ke-10, pemerintahan Abbasiyah terbatas kepada kawasan sekitar Baghdad sahaja. 
  2. Dari 945 hingga 1157 TM, Khilafah Abbasiyah berada di bawah Buwayhiyah dan kemudian di bawah kawalan ketenteraan Seljuk.
  3. Pada tahun 1250 TM, sebuah tentera bukan Arab yang ditubuhkan oleh Bani Abbas yang dipanggil Mamluk berkuat kuasa di Mesir. 
  4. Pada tahun 1258, Empayar Mongol menjarah Baghdad, mengakhiri Khilafah Abbasiyah, dan pada tahun 1261 TM, Mamluk di Mesir mengasaskan semula Khilafah Abbasiyah di Kaherah.
  5. Walaupun kekurangan kuasa politik, wangsa Abbasiyah masih meneruskan tuntutan kuasa dalam hal-hal agama sehinggalah penaklukan Uthmaniyah di Mesir Mamluk pada tahun 1517.


BERMULA SISTEM PERLEMBAGAAN

  1. Khilafah utama keempat, Khilafah Uthmaniyah, ditubuhkan selepas penaklukan Mesir Mamluk pada tahun 1517.
  2. Penaklukan tersebut memberi Empayar Uthmaniyah kawalan ke atas kota-kota suci Mekah dan Madinah yang sebelum ini dikuasai oleh Mamluk.
  3. Empayar Uthmaniyah secara beransur-ansur dilihat sebagai pemimpin dan wakil dunia Islam de facto.
  4. Berikutan kekalahan mereka dalam Perang Dunia I, empayar mereka dikerat dan dibahagikan oleh United Kingdom dan Republik Ketiga Perancis, dan
  5. Pada 3 Mac 1924, presiden Republik Turki pertama, Mustafa Kemal Atatürk, sebagai sebahagian daripada pembaharuannya, membubarkan sistem kekhalifahan dalam perlembagaan.


KHILAFAH FATIMIYAH ISMAILIYAH

Beberapa negara lain yang wujud pernah menamakan diri mereka sebagai khalifah, termasuk Khilafah Fatimiyah Ismailiyah di Timur Laut Afrika (909-1171), Khilafah Kordoba Umaiyah di Iberia (929-1031), Khilafah Al-Muwahhidun Barbar di Maghribi (1121-1269) dan Khilafah Sokoto Fula di utara Nigeria (1804-1903).


KAEDAH PERLANTIKAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH

Ahli Sunnah Waljamaah menetapkan bahawa, sebagai ketua negara, seorang khalifah dapat naik kuasa dengan satu daripada empat kaedah iaitu dengan

  1. Melalui pengundian.
  2. Melalui pencalonan.
  3. Melalui pemilihan oleh jawatankuasa.
  4. Secara paksa.


KEPERCAYAAN SYIAH

Pengikut Syiah, sebaliknya, percaya bahawa seorang khalifah harus merupakan Imamah yang dipilih oleh Allah dari Ahlul Bait ("Keluarga Rumah", merujuk kepada keluarga Nabi Muhammad).


PENGKHIANATAN KALANGAN PEMERINTAH PUNCA PERPECAHAN

Pada awal abad ke-21, selepas kegagalan kebangkitan dunia Arab dan kejatuhan kononnya "Negara Islam", mula tercetus "arus penerimaan identiti Muslim yang beraneka" oleh belia Muslim dan daya tarikan khilafah sebagai "masa depan Islam yang diimpikan" kelihatan tidak mudah berubah. Ini disebabkan pemerintah yang ada ramai telah berpaling tadah dari perjanjian Negara Islam yang asal.


Sejarah khalifah Islam, sejarah pemerintahan Islam, kisah pemerintahan, kisah Islam, kerajaan uthmaniyah, kerajaan Abasiyyah, Khulafaur Rhasyidin


NOTA :

  1. Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua (2) kalimah syahadah. 
  2. Ucapannya ialah 

    أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

  3. Bukanlah Islam jika lafadz dua kalimah syahadah lain daripada kalimah ini.
  4. Fakta yang bercanggah dari Islam di dalam sumber asal tidak saya kongsikan di dalam perkongsian saya ini. Harap maklum.
  5. Jika ada sebarang pertanyaan atau penambah-baikan, sila Email kepada PanjiAlamNusantara@gmail.com

Sejarah khalifah Islam, sejarah pemerintahan Islam, kisah pemerintahan, kisah Islam, kerajaan uthmaniyah, kerajaan Abasiyyah, Khulafaur Rhasyidin



TUKANG KONGSI

Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta

Suri Rumah Sepenuh Masa. Freelance Blogger isi masa lapang seperti berniaga dan Social Media Expert Coach


MINISITEGRAM

  1. Minda Niaga
  2. Kisah Cikgu iEta 
  3. Panji Alam Nusantara


WEBLOG

  1. BlogiEta.com
  2. RahsiaSocialMedia.Blogspot.com
  3. PanjiAlamNusantara.Blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung. Silakan share untuk manfaat ramai.

Sebarang cadangan dialu-alukan dan pertanyaan sila email ke panjialamnusantara@gmail.com

ARTIKEL TERKINI

SAKA KETURUNAN HARIMAU DAN NAGA

SAKA KETURUNAN HARIMAU DAN NAGA [ SUMBER ASAL ] Penulis : Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta . Sambungan dari SINI .   Cerita ini panjang. Jik...