Thursday, 20 May 2021

ADAKAH WABAK COVID 19 INI BENAR?

ADAKAH WABAK COVID 19 INI BENAR?


1) Ya. Wabak covid 19 ini memang benar. 100 tahun sekali memang ada wabak diwujudkan. Ini antara bisnes dunia antarabangsa dan peperangan BIOLOGI selain bisnes pemerdagangan manusia dan program mengurangkan populasi penduduk. Bila ada penyakit, maka akan ada lah vaksinnya.



Isu semasa, covid 19, corona virus, wabak 2020, wabak 2021, agenda freemason, agenda WHO, Pengkhianat negara, Malaysia bebas covid 19, Allah Jaga Kita
Nampak tidak Covid-19 test Corona Virus?

Semuanya adalah benar, Apa yang berlaku ini adalah fasa sebelum fasa kematian sebenar. Percaya atau tidak, kita semua perlu melaluinya. Inilah akhir zaman.


Mana aku tahu? Pelikkan? Aku banyak membaca tapi aku tidak mengkaji. DAN aku punya ramai kawan ahli dan pakar dalam bidang masing-masing. Tetapi aku bukan ahli akhir zaman atau gang teori konspirasi. Aku juga bukan antivaks atau provaks.


BACA RINGKASAN SIAPA AKU DAHULU.

Aku seorang suri rumah sepenuh masa. Dari tahun 2006 aku Freelance Blogger. Pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat swasta dan pernah menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dari tahun 2007 sehingga 2017. Aku resign sebab sakit kronik Slipped Disc selama 10 bulan. Alhamdulillah sudah sembuh. Self healing.

2015 aku mulakan kerjaya isi masa lapang aku sebagai Freelance Social Media Expert Coach. Aku sudah lama berniaga sambilan. Sebelum berumahtangga lagi aku sudah berniaga. ISI MASA LAPANG.

Ok. Cukup itu sahaja kau orang tahu siapa aku, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta ni. Ini nama glamour aku di Social Media.

Berbalik kepada isu semasa, di sebalik Covid 19 yang berlaku, ada banyak fakta kalian harus tahu supaya kalian tidak mudah TERTIPU.


2) BACA SEMUA FAKTA NI

Buka minda buka mata hati tu usah jumud dan percaya sahaja bulat-bulat semuanya tanpa ketahui kisah sebenarnya di sebalik perang psikologi yang telah lama berlaku.


Puas hati. Tanya je kot. 


2.1) YAHUDI, NASRANI DAN ZIONIS

Yahudi, Nasrani dan Zionis itu juga wujud. Bangsa Yahudi, kepercayaannya Zionis. Didalam Al-Quran disebut sebagai Bani Isroel kerana mereka itu dari keturunan Isroel. Bangsa Nasrani, kepercayaannya Kristian. Majusi pula kepercayaan penyembahan matahari dan ada yang menyembah api.


2.2) DAJJAL DAN IMAM MAHDI

Dajjal dan Imam Mahdi itu juga benar. Kau jangan fikir Dajjal tiada kuncu-kuncunya. Dari zaman Rasulullah SAW lagi sudah wujud pengkhianatan kepada Nabi junjungan mulia kita. Sudah wujud golongan Freemason dan penganut Ilmuminati hanya nama sahaja yang berlainan.



Akan tiba waktu Dajjal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajjal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya.

Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajjal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajjal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajjal. Meraung-meraunglah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ikatan. Nescaya pasti kamu tidak akan dapat mengekang mereka dari berlari mendapatkan Dajjal.

Disebutkan dalam hadith Ibnu ‘Umar, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِى هَذِهِ السَّبَخَةِ بِمَرِّ قَنَاةَ فَيَكُونُ أَكْثَرَ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوثِقُهَا رِبَاطاً مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ …

Bermaksud,

Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sehingga ada seorang pemuda yang pergi kepada isterinya, ibunya, puterinya, dan saudarinya, kemudian mengikatnya kerana bimbang mereka akan keluar menuju Dajjal”.

Hadith Riwayat Ahmad 2: 67. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa sanad hadith ini hasan. Musnad Ahmad 7 : 790 dengan tahqiq Ahmad Syakir, dan beliau berkata, “isnadnya Sahih.”

Untuk makluman kalian, Dajjal ni sudah lama wujud. Sudah ada du timur ini. Kuncu-kuncunya pun ramai dan kesemua mereka tidak sedar bahawasanya mereka itulah tentera-tentera Dajjal. Hanya yang terbuka mata hati sahaja akan kenal siapa kuncu-kuncu Dajjal.

Teruskan membaca. Jangan jemu. Aku akan selalu update isu semasa ini pada artikel aku yang satu ini. Kalian hanya harus peka setiap penulisan aku. Follow dan subscribe semua laman sosial aku supaya tidak ketinggalan cerita terkini. Tidak mahu tidak mengapa. Aku tidak memaksa. Sebab ramai lagi orang yang sudah kongsikan cerita cuma tidak sama dengan cara aku bawa cerita.


3) KISAH DI DALAM AL-QURAN.

3.1) Kisah Iblis ketua malaikat asalnya bernama Azazil tidak mahu menerima Nabi Allah Adam 'Alaihis salam lebih mulia daripadanya. 

43.2) Kisah Samiri si Dajjal durjana tidak mahu mengaku Nabi Muhammad utusan dan pesuruh Allah. 

3.3) Kisah Firaun atau Pharoah dan kisah Namrud yang bertuhankan syirik, khurafat lebih percayakan sihir dan angkuh tamakkan harta sehingga mengaku dirinya Tuhan.

3.4) Itulah antara nama kesemua mereka di dalam Al-Quran. Rujuk Al-Quran. Sudah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Baca dan hayatilah.

KETURUNAN FIRAUN



SEJARAH RASUL DAN ILUMINATI


Sesungguhnya, perjuangan leluhur (darah keturunan) dan Moyang (datuk nenek kita dulu-dulu) dalam mempertahankan AQIDAH tidak pernah selesai dan belum selesai sehinggalah saat dan hari ini.

Yang faham, fahamlah erti tulisan saya ini.

Benarkah Yahudi bangsa yang cerdik?


4) COVID 19

Covid 19 kau terlalu percaya tapi kisah-kisah di dalam Al-Quran dan Al-Hadith kau tolak begitu sahaja? Islamkah kau? Kau tidak percaya Al-Quran dan Al-Hadith kau hendak percaya siapa lagi? 



Video ni aku buat masa awal-awal PKP dulu. PANJANG beraturnya guys hendak membeli daging dan ayam. 

Covid 19 ni memang teratur dan terancang hingga membawa perubahan hidup baru. Kita sudah tidak dibenarkan bersilaturrahim seperti dahulu lagi.

21/5/2021, seorang warga emas meninggal dunia. Suami aku beritahu warga emas itu disahkan positif Covid 19. Beliau ahli qariah Masjid As-Sobirin. Dari hospital terus ke kuburan tanpa solat jenazah dan ziarah-menziarah. Sedih aku dengarkan. 😟


Hari ini juga, kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk pasaraya. Termasuklah anak aku darjah lima (5). Di depan mata aku, guard melarang seorang Ibu membawa masuk anaknya umur 5 atau 6 tahun. Mengamuk anak ini tidak mahu tinggal di luar walaupun Ibunya umpankan dengan handphone. Kasihan. 😞


5) INFO GLOBAL COVID VAKSIN

Maaflah video ni perempuannya tak ada yang menutup aurat. Orang kafir. Biarlah mereka. 




AKU SEMAKIN SERAM HENDAK SUNTIK VAKSIN SEBAB UTAMA, AKU ASMA TERUK. SEBAB YANG LAIN TERUSKAN MEMBACA.

6) ANGKA

Logiklah jika aku kata, angka itu hanya permainan sandiwara mereka sahaja. Kerana angka boleh ditolak tambah. Angka juga boleh dicantum-cantumkan. Kau tidak kenal siapa MEREKA. MEREKA itu guna pelbagai nama dan boleh jadi bermuka-muka. Boleh jadi mereka itulah pengkhianat AQIDAH, BANGSA dan NEGARA juga. 


Aku hormat semua frontliner di Malaysia yang telah bersusah-payah menjaga pesakit wabak Covid 19 kadang sampai tidak makan. Hargailah usaha mereka semua kerana wabak Covid 19 ini benar guys. Sama seperti wabak SARS dan lain-lain lagi wabak yang telah diWUJUDkan setiap seratus (100) tahun sekali. Maka dengarlah cakap dan arahan frontliner.  Frontliner tidak bersalah. Mereka hanya melaksanakan tugasan dan amanah dan hanya makan gaji. Usah marah frontliner guys.


7) PENGKHIANAT

Manakan tidak penghianat? Cakap berbelit-belit. Pengkhianat ni dari dulu kala zaman purbakala lama lagi sudah ada. Mudah benar kau ni diperkotak-katik.  TONTON VIDEO NI Puas hati. Tanya je kot.




Hidup ini usah menyerah kalah. Pantang maut sebelum rebah. Kita ni ada Allah kenapa pilih sebagai PENTAKSUBIYYAH? Allah jaga kita bukan kita jaga kita. Bila kita jaga kita, inilah sikap keAKUan dalam diri. Bahaya bagi aqidah kita dah ni.


8) JANGAN MALAS MEMBACA.

Rajin-rajinlah membaca jika tidak mahu terima makluman dan penulisan mereka yang mengetahui banyak perkara berkaitannya. Semuanya sudah Allah ceritakan di dalam Kitab Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Allah junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW. Mukjizat agung kepada BAGINDA sebagai Penghulu segala Nabi.


Isu semasa, covid 19, corona virus, wabak 2020, wabak 2021, agenda freemason, agenda WHO, Pengkhianat negara, Malaysia bebas covid 19, Allah Jaga Kita
Bacakah tidak perkongsian saya dia ni?  Kalau baca point nombor 16, 20, 22 dan 27 mesti dia faham. Inilah manusia toksid. 🤦🏻‍♂️

Inilah sejenis makhluk manusia biadap yang tidak beradab dan berakhlak. Hendak mengajar pula. Walhal maksud Ulil Amri pun tidak tahu. Hukum halal, haram tidak tahu. Perkara syubahah lagilah, semua ambil main belasah semuanya.

 Paling malang sekali tidak ikut perkembangan dunia semasa maka jadinya pemikiran jumud mindanya tidak terbuka. Sudahlah pemalas membaca. Bertanya pula tiada politely manner terus menghukum saya dengan kurang ajarnya.

Hendak bertanya ada adabnya bukan tanya main serbu macam ni dan paksa orang akur pendapat kita. Maksud Ulul Amri sebenar pun tidak tahu. Perkara haram dan syubahah pun tidak ambil kira. Semua main belasah terima sahaja. Aku ada sebab tidak ambil vaksin. Aku asma kuat teruk setiap hari rasa sampai macam rasa nak mati tahu? Jika tiada ilmu baiklah DIAM!


8.1) ADA JUGA YANG BIADAP.

Mesej saya tanya 

Tak percaya ke?

Apa entahlah soalan bodoh begini? Sudahlah main share sahaja semua perkara tanpa tabayyun (periksa) apa isi kandungan cerita? Bila saya berkongsi cerita dalam pengetahuan saya banyak soal pula? Biadap tidak tahu adab. Umur sudah meningkat tetapi masih tidak cerdik lagi?🤦🏻‍♂️


8.2) JANGAN MENULIS SEWAKTU MARAH.

Emosi diri harus dijaga. Lebih baik diam tak perlu kata apa-apa. Hari ini 26/5/2021 saya sudah marah orang yang selenga. Sebab tanya soalan entah apa-apa. Tanya pendapat saya tapi paksa saya terima pendapat dia. Sudahlah tanya tu question marknya dua??  (Rujuk point ke lapan).

Soalan serupa orang tidak beriman di dada serupa orang tidak membaca Al-Quran sahaja. Sudahlah malas membaca lagi mahu tanya perkara fakta isu semasa yang sudah saya jelaskan panjang berjela. Sudah terjah saya lepastu minta saya berlapang dada. Inilah sejenis cybertrooper.

Hendak berdebat tapi tidak bijak pula. Saya tanya soalan terdiam terus dia. Ha kan dah kena? Kena marahlah dengan saya. Orang macam ni pun ada rupanya. 🥴


9) BUKA MATA HATI ITU.

Terbuka mata hati hilanglah benaknya dijiwa. Tidak suruh percaya cukup sekadar kau rujuk Al-Quran. Kau kaji dan baca tafsirannya sekali. 


10) YAHUDI NASRANI TAK AKAN REDHA.

Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani sehingga kau ikut tatacara mereka". Ini ayat Al-Quran.

Cara bagaimana? Macam-macam caralah. Hiburan, kenegaraan, sistem pertahanan, kewangan, pendidikan, ibadah, muamalah, budaya, adat resam dan kehidupan kau. Semua mereka akan masuk.


Ni ayat kawan aku...

YANG TAHU TENTANG AGAMA BELUM TENTU ALLAH BERI KEFAHAMAN AGAMA KPD MEREKA". KREDIT.


11) AGENDA PROPAGANDA?

Al-Quran kau tidak percaya? Covid 19 kau taksub (terlampau percaya atau terlampau takut). Melampau sampai menakut-nakutkan orang ramai. Tahu tidak ini semua AGENDA? AGENDA MEREKA. Siapa mereka? Kau pergi point aku nombor dua dan nombor tiga. Buka Al-Quranlah senang. Baca tafsirannya. Kenapa propaganda? Rujuk point 16.


Isu semasa, covid 19, corona virus, wabak 2020, wabak 2021, agenda freemason, agenda WHO, Pengkhianat negara, Malaysia bebas covid 19, Allah Jaga Kita
Al-quran kau tidak percaya, kau Islamkah? Ini salah satu contoh ayat Allah berkaitan peperangan nyata.




12) DUDUK RUMAH.

12.1) Suruh duduk rumah, duduk sahajalah. Kan Pejabat Mufti sudah keluarkan fatwa HARAM rentas daerah dan negeri? Ikut sahajalah? 😘

Bab Aqidah kes Atomy Gerakan Missionary Kristian sampai ke hari ini tiada fatwa dikeluarkan? Tetapi merentas pula diharamkan? Dah kenapa kau ni nakal ke sana ke sini keluar rumah keluar daerah ke luar negeri? 


12.2) Hal Atomy Gerakan Missionary Kristian, apa kes tak selesai-selesai lagi? Kenapa Pejabat Mufti masih tidak keluarkan fatwa sampai sekarang ni? Fatwa haram rentas negeri buat. Fatwa berkaitan Aqidah senyap?


12.2.1) Cadangnya kalau tak ada orang Islam yang bangkit settlekan, saya nak cari gangster dan Mafia je selesaikan hal ni. Nak pergi gegar pejabat mufti, PKP. 😄

😆😁😎😌🤭🔥

Kalau berkawan dengan Melayu Muslim yang namanya Islam pun tak membantu. Baik aku berkawan je dengan gangster dan mafia. Biar kasi settle cepat hal aqidah ni.


12.2.2) Golongan perawat dan pesilat? Hal ni korang senyap. Kalau hal Palestin ada sahaja gang korang yang terlibat siap jadi musibat collect dana sampai tak ada kerja lain kau orang nak buat.


12.2.3) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Biro Utk Ppim PPIM TV PPIM Unit Tindakan Khas PPIM hal ni tak nak sibuk jumpa pihak atasan?


12.2.4) MANA YANG MENGAKU ISLAM? 

Mana yang mengaku islam?

Mana yang mengaku lelaki sejati?

Mana yang mengaku pesilat, guru silat dan perawat?

Mana golongan motivator, pensyarah dan pegawai-pegawai di jabatan agama? Hal aqidah ini pun  tidak kalian hiraukan?

Nak tunggu aku mengamuk bawa parang dan cantas kepala sijahat seperti Tuanku Permaisuri Cik Siti Wan Kembang tu buat kah baru kalian semua hendak bertindak?!


Boleh rujuk kronologi saya dengan Bisnes MLM Atomy Gerakan Missionary Kristian DI SINI 

Saya ni memang bising jika berkaitan hal aqidah ni. Biar rupa saya dihina tapi jangan AQIDAH dibuat main dan dihina. Biar satu dunia tahu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memang indah khabar dari rupa, tidak buat kerja. 26/2/2021 lagi saya sudah send email report seperti diminta. Sampai hari ini mereka senyap membisu sahaja.

Ketua Penolong Timbalan Mufti mengaku harus suntik vaksin yang ada babi. Ada masuk berita online. Pegawai kontrak incharge dengarnya sudah ditamatkan perkhidmatan.

Di manakah dan siapakah lagi pembela agama? TIADA. 

Semua ini saling berkait sebenarnya. Satu Malaysia sudah ada PASTOR bukan sahaja melalui Bisnes MLM Atomy Gerakan Missionary Kristian. Malahan Feeemason dan Iluminati telah lama bertapak di Malaysia. Port besar mereka pun ada. Jadi memanglah hal vaksin rakyat marhaen  semua menjadi mangsanya. Kalian jika malas baca bebelan saya ni, terus ke point nombor 16 tonton dan dengar video berkaitan tajuk artikel ini sehingga habis. 🥴


13) DENDA RM3,000

Kalau dahulu seribu. Kini RM3,000. Kau hendak rugi duit bayar RM3,000 kepada Kerajaan yang sudah berhabisan wang membeli vaksin? Kaya-raya tak apalah. Hulur sahaja. Imbal-balik semua yang sudah diberi. Mana ada benda yang free di dunia ni?


14) SUDAH LAMA HIDUP?

Atau memang sudah lama hidup teringin hendak mati? Wabak ni virus kita tidak nampak tahu? Bukan chikedis popcorn makanan suka makan tak suka, simpan atau buangkan.


15) Duduk rumah sahaja pun kena bagaimana? Suntik 2 dos dah pun positive juga bagaimana? Ramai yang mati selepas terima dos kedua? Kau ingat aku hendak percaya?" Tanya RAKYAT MARHAEN sudah mula hilang percaya.


16) VAKSIN BUKAN UBAT

Kau harus tahu vaksin itu bukan ubat. Daya tahan badan kau kuat, kau OK. Daya tahan badan kau tidak kuat, kau KO. Vaksin memang dari dahulu di jadikan bahan uji kaji. Ada diuji ke atas tikus. Ada diuji kepada babi. Cairan yang keluar itu lah yang diambil pula menjadi vaksin. Aku bukan pakarnya hendak terangkan. Tontonlah sahaja video ini



Jika kalian faham penjelasan video ini. Memanglah vaksin free. Swab test free. Semuanya propaganda sungguh. Vaksin belum sah dapat digunakan, sudah kecoh tular promote kepada ramai jom jadi volunteer suntik vaksin. Apa bendanya? Yang tularkan ni aku pasti mereka dapat upah dari pihak atasan. Iyalah. Sekarang musim PKP. Manusia sanggup buat apa sahaja demi wang. Hilang nyawa pun tidak mengapa.

Nak kata aku fitnah? Sudah tular video ni di merata. Fitnah apa bendanya? Hilang akal ke apa? NYAWA tahu? Ini semua melibatkan NYAWA! Nyawa rakyat marhaen dan ahli keluarga aku sama.

Isu semasa, covid 19, corona virus, wabak 2020, wabak 2021, agenda freemason, agenda WHO, Pengkhianat negara, Malaysia bebas covid 19, Allah Jaga Kita
Tekan gambar ni baca keterangannya di sana.

 

17) Mana kau tahu?" Tanya pula. Lama sudah soalan ni diajukan kepada saya.

 
Lah kan sudah tular di social media haritu? Kau tak ikut perkembangan semasa? Ustaz yang beri ceramah itu bukan kaleng-kaleng orangnya. Saintis dan ahli agama. Kau scroll ke bawah timeline aku kau cari dan kau dengarlah sendiri." Jawab saya.  
Selebihnya itu kau tanya KKM jangan tanya aku. Aku bukan Tuhan ada kuasa mematikan atau memilih siapa untuk teruskan kehidupan seperti heboh semalam di akhbar online diperkatakan. Aku juga bukan Doktor. Aku hanya kongsikan apa aku tahu walau pun aku dikecam. Ada aku kisah? Tidak. Aku akan terus menyampaikan. Faham?



Ustaz Noorsham pun sudah lama beritahu HADITH NABI ni. Kau tidak percaya Al-Quran dan Hadith kau hendak percaya siapa?


  1. Ubat yang menyembuhkan
  2. Kalau tak ambil tak sembuh.
  3. Aku boleh.
  4. Kita boleh
  5. Kitajaga kita.

Sifat keakuan itu adalah Qadariyyah.

Sedangkan yang memberi kesan hanyalah Allah SWT. Ustaz Norsham yang bagitau tu 👆🏻


Kerana kata-kata sifat keAKUan dalam diri bermaharajalela. Sifat keakuan itu juga antara perkara syirik khofiyy.

Nyaris dan ada yang murtad terus. Hanya dari penulisan dan perkataan.

Wal'Iya Dzu Billahi Min Dzalik.



17.1) Dalam lif seorang Pakcik beritahu,

Hari ini 27 Mei 2021. Dalam lif seorang Pakcik beritahu aku,

Pakcik nak pergi cucuk vaksin ni". Tergamam aku dengar tapi,

Mulut aku ni laju benar terkeluar ayat bercakap,

Ya Allah Pakcik jangan Pakcik mati nanti. Kes banyak dalam berita dah Pakcik..." nak menangis bergenang air mata aku dengar dia begitu teruja serah diri untuk divaksin.

Belum sempat aku habiskan cakap dan doakan keselamatan Pakcik tu, dia cakap macam ni

Ah! Aku tak percaya! Kau jangan dengar semua cakap orang tu! Semua tu penipu!" Herdik Pakcik yang bertongkat berjalan menggigil-gigil itu sebelum sempat aku sambung lagi,

Pakcik, usah terlalu yakin pada vaksin. Vaksin tu bukan ubat. Hidup dan mati kita ni, ALLAH yang berhak menentukannya bukan manusia dan bukan benda". Panjang lagi kalau aku nak syarahkan tentang TAKSUB (terlalu percaya atau terlalu takut) ni.

Terpulanglah Pakcik. Tanggungjawab saya dah selesai". Kebetulan sudah sampai floor aku, aku pun keluarlah.

  Aku pun tak tahu kenapalah mulut aku ni cakap macamtu? Aku tepuk mulut aku sendiri. 🤦🏻‍♂️

  Mungkin terlampau banyak berita kematian aku dengar dan baca yang negatif tiada apa-apa selepas diswab dan divaksin jadi positif dan ada yang mati.

  Aku jadi seram agaknya sampai Pakcik yang aku dah lama kenal ni pun aku terkeluar cakap macam tu. Biarlah pedulikan hal orang lain. Utamakan keluarga sendiri.

  Aku memang bukan antivaks atau provaks. Juga bukan gang akhir zaman atau gang kosnpirasi. Aku banyak membaca dan berfikir. Dulu aku belajar di pondok Matan Arba'in. Kitab hadith 40 memang ada cerita bab akhir zaman, dajjal dan Imam Mahdi juga banyak lagi tentang akhir zaman.

  Aku anti orang yang tidak beradab. Selalu aku pesan,

JAGA ADAB, JANGAN TAKSUB, JAUHI SYIRIK DAN JANGAN MENIPU.

Sekian. Luahan rasa aku untuk kalian renungkan.


Maaflah kalau banyak berulang-ulang cerita ya. Sebab semuany saling BERKAIT.


18) FITNAH DAJJAL

Alim macam mana pun dan keturunan apa pun kau, kau tak akan terlepas dari FITNAH DAJJAL. Lagi-lagi kalau kau sombong dan takbur. Dengan bapa saudara, emak saudara kau, adik-beradik dan jiran-tetangga kau pun kau kurang ajar. Langgar semua hukum Allah dan tidak taat apa jua Allah SWT dan Rasulullah SAW telah perintah.


Kisah Dajjal bukan Mitos guys. Sebab itu saya selalu berpesan, 

Guys jangan lupa juga ya simple amalan akhir zaman Ustaz Ustazah sudah ulang-ulang saban waktu.

19.1) AMALAN UMUM, LAZIMKAN.
  1. Selawat dan istighfar minimum 100 kali setiap hari.
  2. 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah Al-Kahfi.
Masa saya tinggal dengan Almarhumah nenek saya semasa bersekolah pondok di Pulau Pinang dahulu, tiga surah ini dipaksa dengan rela saya membacanya. Iaitu
  1. Surah Al-Waqi'ah
  2. Surah Ar-Rohman
  3. Surah Al-Mulk.
Inilah bacaan setiap malam sebelum saya tidur.

Jangan lupa amalkan juga Surah Toha ayat 1 hingga 10. Surah ini menjadi amalan untuk melembutkan hati dan jiwa yang keras selain satu ayat di dalam surah Al-Hadid.

Satu lagi, Surah Al-Jinn. Bukan untuk diamalkan. Saya ingin beritahu kepada yang tidak percaya kewujudan alam ghaib. Surah ini menceritakan hal Jin.

Ada lagi tapi cukuplah setakat ini dahulu.

Lengkap sudah Al-Quran itu guys. Jadi mengapa perlu ambil lagi NLP teori Barat? Sedangkan Al-Quran sudah lengkap malahan Rahmatan Lil 'Alamiin dan juga Syifak. 😊



19) SAMPAIKAN

Ballighu 'anni Walaw Bil Aayah. Bermaksud "Sampaikan kepadaku walau pun satu ayat".


20) PENAFIAN

Saya bukan antivaks atau provaks. Juga bukan gang akhir zaman atau gang teori konspirasi. Saya menulis berdasarkan pengalaman, pembacaan dan ikut gerak jari dan apa diminta saya menulis. Usah percayakan saya. Usah taksub apa saya tulis dan bicara. Rujuklah kepada Al-Quran dan Al-Hadith akan kebenarannya. 


21) TERLALU BANYAK DIKETAHUI

Bila ada terlalu banyak yang tahu, tidak semua perlu beritahu. Ada yang perlu disimpankan sahaja dalam hati sanubari. Tapi sabda Nabi SAW, 

Katakan kebenaran walau pun pahit." Ini hadith NABI.

Suami saya sahaja faham saya dan beliau tidak mempertikai tidak melarang saya. Hanya dia sahaja yang kenal saya. Semua saya kongsi kepada dia tiada rahsia. Dan kami ini tidak taksub seperti segelintir makhluk pentaksub yang saya kesan mereka adalah kuncu-kuncu MEREKA.


22) TAKSUB TIDAK BERADAB.

22.1) Tidak perlu kau menempelak atau menyindir dan menghina saya. Saya hanya diamanahkan menyampaikan sahaja. Jika kau berbuat sedemikian, kau adalah sejenis makhluk biadap tidak ada adab. Pasti ibu dan bapanya tidak mendidikkan adab. Kasihan jika anda adalah Ibu Bapa itu.


22.2) Saya tulis ni kerana memang ada segelintir makhluk Allah katanya beragama Islam tetapi mesej saya bukan-bukan, memang saya tidak kuasa melayan. Ingat saya takut dan akan berhenti dari menulis kebenaran? Tidak. Saya cuma terkejut. Ianya sangat kelakar. Taksub rupanya? 😳


23) PENGUASAAN DUNIA.

Isu semasa, covid 19, corona virus, wabak 2020, wabak 2021, agenda freemason, agenda WHO, Pengkhianat negara, Malaysia bebas covid 19, Allah Jaga Kita
Dunia telah dikuasai oleh mereka. Siapa faham, fahamlah. Benak hati dan tertutup mata hati memang tidak akan faham.

Jaga hati, jaga pemakanan maka terjagalah semuanya. Qulil Haqqa Walaw Kana Murran. Kredit gambar kepada pemilik asal.


24) TULISLAH.

Hobi saya menulis. Dalam Blog lagi panjang penulisan saya. Syok menulis ni. Tulisan berlandaskan fakta ramai tidak suka tetapi tulis isu semasa yang berfakta, InShaaAllah orang boleh terima.  SEBAB ada orang suka membaca. Sebab itu adanya surah Al-'Alaq bermula dengan ayat IQROK.


25) SIKAP DAN SIFAT MAKHLUK BERBEZA.

Ada orang sukakan gambar. Ada orang sukakan video. Buatlah apa sahaja asalkan ada yang baca, ada yang dengar dan ada yang tonton. Tidak like tidak mengapa. Janji baca. Kita berani kerana benar. Takut kerana salah. Kalau takut, sampai bila-bilalah orang buli dan pijak kepala. 

Kata bangsa Melayu bangsa berdaulat. Siap bertanjak, berbaju Melayu, berbaju silat. Waktu Palestine diserang sibuk kalut kutip dana ke sana ke sini. Ada yang kutip, tapi tidak sampai pun dana dikutip. Macam musibat, Allah, dosa dan pahala mereka ini tidak ingat. 😄

 

Isu semasa, covid 19, corona virus, wabak 2020, wabak 2021, agenda freemason, agenda WHO, Pengkhianat negara, Malaysia bebas covid 19, Allah Jaga Kita
Ada juga yang mengaku Coach dan Doktor Perawat rupanya scammer guru silat yang jahat pengkhianat. Sudah tahu dan kenal siapa aku terus dianiaya, difitnah dan ditohmahnya aku. Siap ajak semua orang pulaukan aku. Inilah contohnya si pengkhianat. Dosa mereka ini tidak akan terampun. Aku sebarkan ke seluruh dunia kerja syirik dan jahat kedua mereka. 😎


26) ANNOUNCEMENT. GET READY FOR TOTAL LOCKDOWN AT CERTAIN PLACE

🔊🔊🔊🔊🔊🚷🚳🚱📵🚷🆘📴🆗🆙🆒


Guys beli makanan asas ini semua standby

1) Beras
2) Gula
3) Minyak
4) Sardin
5) Tepung
6) Garam
7) Bawang
8) Kentang
9) Santan
10) Air Mineral.
11) Sosej.
12) Ikan bilis kering.

- Santan kotak/peket.
- Jaga pemakanan kita.
- Belilah produk buatan Muslim.
- Semua makanan asas ni stockkan untuk 2 / 3 minggu (ikut kuantiti keluarga anda).

Tambah lagi sendiri jika ada.


27) APA PATUT BUAT JIKA TOTAL LOCKDOWN


  1. Jangan panik.
  2. Bergabung dengan pihak berautoriti
  3. Duduk setempat usah merayau dan usah menyendiri
  4. Jauhi perkara syirik dan khurafat dalam beragama mahupun pendidikan.


28) DILARANG PLAGIAT

Pada kebanyakan laman sosial, Mark Zurkebergh kan sudah sediakan perkataan SHARE. 

Izin copy paste yer,puan..terima kasih

Biasakan yang betul di laman sosial. Terima kasih tidak plagiat penulisan saya. Plagiat (copy paste) menyalahi etika social media.

ADAKAH WABAK COVID 19 INI BENAR? Ya Covid 19 ini memang benar. Kau janganlah hendak membuat atau mencari pasal. Melainkan kau sudah kebal. Ilmu kebal adakah syirik? Baca di SINI.


29) SUMBER ASAL 

Ringkas sahaja KLIK SINI dan SINI.


30) UPDATE 3/6/2021


3/6/2021 pada jam 1:40 pagi, saya mendapat perkhabaran dari Dajjal. Antara katanya,


Mudah sahaja memurtadkan penduduk satu dunia ini. Vaksin sahaja cukuplah"

Ada banyak lagi. Nanti lapang saya kongsikan lagi ya. 


31) FACE IT FACE MASK

Keratan akhbar 8/6/2021, Suami saya pesan kat saya tadi. Jangan susah hati, lepas vaksin kita minum air kelapa je. Rujuk posting saya ini DETOX dan ini KHASIAT AIR KELAPA MUDA



PENULIS

Puteri Nur Cahaya  @ Cikgu iEta

Freelance Blogger & Social Media Expert Coach (Suri Rumah sepenuh masa, Lepasan pondok dan UTMSpace, Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Resign sebab sakit kronik Slipped Disc).

T.me/PanjiAlamNusantara

Hal-Ehwal ISLAM, ALAM, SURVIVAL dan NUSANTARA. BANTERAS aniaya, syirik dan kesesatan dan penipuan (scammer).



MINISITEGRAM

  1. Minda Niaga
  2. Kisah Cikgu iEta 
  3. Panji Alam Nusantara
  4. Social Media Expert Coach


WEBLOG

  1. Blog iEta
  2. Dunia Niaga iEta
  3. Rahsia Social Media
  4. Panji Alam Nusantara


PERKARA BERKAITAN

  1. APA ITU SYIRIK? 😲
  2. SHRINGE
  3. MISTERI NEGARA WAKANDA
  4. ARMYGADA
  5. BIARKAN AKU MEMBEBEL SENDIRIAN
  6. ISU IMAM MAHDI DAN DAJJAL
  7. GERAKAN MISSIONARY KRISTIAN
  8. FAKTA TERSEMBUNYI TENTANG FIRAUN.
  9. JANGAN MENIPU
  10. APA SUDAH JADI KEPADA PEJABAT MUFTI? 
  11. PERATURAN SOP YANG PELIK
  12. FATWA NI IKUT HADITH MANA?
  13. NAK LAWAN PEJABAT MUFTI KE?
  14. PENGAKUAN SUDAH VAKSIN SINOVAC
  15. ALHAMDULILLAH ADA JUGA YANG BIJAK.
  16. KERJA DI KAPAL LAUT ADA COVID?
  17. DIJANGKITI COVID 19 SELEPAS DOS KEDUA
  18. FAKTA PERANG DAN PESANAN.
  19. SEMPOI SURVIVAL
  20. 5 SEBAB KENAPA KAU KENA AMBIL TAHU HAL PALESTIN.
  21. DAN LIHAT GUNA MATA HATI

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi berkunjung. Silakan share untuk manfaat ramai.

Sebarang cadangan dialu-alukan dan pertanyaan sila email ke panjialamnusantara@gmail.com

ARTIKEL TERKINI

KENAPA DENGAN MH370 CHINA RUSSIA MALAYSIA

KENAPA DENGAN MH370 CHINA RUSSIA MALAYSIA 1) Sebenarnya saya dan beberapa orang rakan saya sudah beberapa kali juga berbual kosong hal MH370...